Pelajar Kursus QKW2109 Pengurusan Majlis Menghasilkan Video Kreatif Bertemakan Perayaan : Celebrate And Adapt | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Pelajar Kursus QKW2109 Pengurusan Majlis Menghasilkan Video Kreatif bertemakan Perayaan : Celebrate and Adapt

Pelajar Kursus QKW2109 Pengurusan Majlis Menghasilkan Video Kreatif bertemakan Perayaan : Celebrate and Adapt

Oleh: Nurmaisarah Nordin

SERDANG 19 Jun - Perayaan yang ditunggu- tunggu oleh semua umat Islam di dunia iaitu Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada tarikh 13 Mei 2021. Wabak Covid-19 yang melanda negara kita turut memberi kesan kepada sambutan perayaan kerana semua terpaksa menyambut perayaan mengikut norma baharu.

Oleh itu, pelajar kursus QKW2109 Pengurusan Majlis mengambil peluang untuk memeriahkan lagi sambutan raya tahun ini dengan menghasilkan video yang menunjukkan perbezaan cara sambutan ketika sebelum wabak Covid-19 datang melanda negara kita.

Program ini dirasmikan oleh fasilitator khas iaitu Encik Muhammad Za'im Bin Rosli  pada 19 Jun 2021 dan video ditayangkan secara langsung melalui aplikasi Google Meet dengan bilangan peserta sebanyak 53 orang.

Kemudian, Encik Muhammad Zaim berkongsi komen setelah melihat video perayaan yang dihasilkan oleh pelajar kursus QKW2109 Pengurusan Majlis. Beliau berkata “Video ini sangat menarik dan unik”. Hal ini demikian kerana video yang dihasilkan adalah gabungan daripada setiap pelajar yang berlainan dan isi yang ingin disampaikan masih dapat dilihat dalam video tersebut.

Riak wajah Encik Muhammad Zaim yang gembira dapat dilihat melalui aplikasi Google Meet yang menunjukkan beliau puas hati dengan video yang disediakan oleh pihak penganjur. Isi yang ingin disampaikan iaitu cara perayaan di norma baharu dapat dilihat apabila video yang ditayangkan menunjukkan perbezaan perayaan sebelum dan semasa wabak Covid-19.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mengumpul sebanyak 53 peserta dan jumlah tontonan sebanyak 339 views dan 178 likes di aplikasi Youtube.

 

DISEDIAKAN OLEH : NURMAISARAH BINTI NORDIN

 

TARIKH: 26 Jun 2021

Tarikh Input: 03/08/2021 | Kemaskini: 03/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZKAt~