PENGLIBATAN 39 PELAJAR UPM DALAM PROGRAM KEMPEN KENALI SKUASY | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PENGLIBATAN 39 PELAJAR UPM DALAM PROGRAM KEMPEN KENALI SKUASY

PENGLIBATAN 39 PELAJAR UPM DALAM PROGRAM KEMPEN KENALI SKUASY

Oleh: Vishalanee, Anis Zahidah dan Amrithsahib Kaur

SERDANG 26 Jun, - Permainan skuasy merupakan salah suatu permainan yang mudah dipelajari dan senang dimainkan oleh kebanyakan orang. Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David juga pernah berpesan “kepada pemain-pemain skuasy lain, terus berlatih bersungguh-sungguh dan berusaha ke arah sasaran anda dan juga mempunyai keinginan, kemahuan dan semangat dalam membawa kita kehadapan dan berusaha terus untuk apa yang kita benar-benar mahukan untuk diri kita”. Kata-kata beliau amatlah selaras dengan objektif Kempen Kenali Skuasy  ini iaitu untuk memperkenalkan sukan skuasy kepada komuniti dengan mengkongsikan maklumat berkenaan sukan skuasy kepada komuniti UPM melalui media sosial. Kempen ini berlangsung selama seminggu iaitu daripada 19 Jun sehingga 26 Jun 2021 menggunakan platform ‘Instagram’.

Pengarah kempen ini, Jeevamalar A/P Thevadas juga berkata bahawa melalui anjuran kempen sebegini, objektif pengenalan permainan  skuasy kepada komuniti di media sosial serta komuniti UPM juga mudah tercapai walaupun kesemuanya dijalankan secara atas talian.

Bukan itu sahaja, beliau juga berkata, ”Program ini diharapkan  dapat menaikkan keyakinan, keupayaan dan motivasi pelajar untuk merancang dan mengendalikan sesuatu projek yang melibatkan komuniti yang ramai dan berbilang kaum dalam media sosial Instagram supaya dapat melahirkan pelajar yang berintelektual tinggi serta berdaya saing yang unggul dalam pelbagai bidang”. Program ini dijalankan dengan menubuhkan akaun di Instagram dan memuat naik variasi maklumat berkaitan dengan sukan skuasy serta menghasilkan permainan filter. Kemudiannya, maklumat yang  dikongsikan adalah seperti sejarah skuasy, teknik bermain, fakta menarik dan sebagainya bagi mendedahkan pelbagai ilmu bidang sukan skuasy kepada komuniti.

Bukan itu sahaja, penghasilan permainan filter di aplikasi Instagram dan pertandingan kuiz juga mendorong kepada pembelajaran secara praktikal dan memberikan interaksi kepada penonton atau pengguna di Instagram mengenai sukan skuasy. “Projek ini secara keseluruhannya dapat memberi pelbagai manfaat kepada komuniti di luar serta komunitI UPM serta secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman dan pendedahan serta memupuk minat pelajar untuk menceburi bakat mereka dalam sukan skuasy”, dikatakan oleh Liyana Nabihah , Timbalan Pengarah Kempen Sukan Skuasy ini.

Gambar1. Antara hasil filter yang dicipta melalui program Kempen Kenali Skuasy

 

Disediakan oleh:

NAMA: Anis Zahidah Binti Zulkurnain

TARIKH: 26 Jun 2021

Tarikh Input: 05/08/2021 | Kemaskini: 05/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
03 9769 8558 / 1467
-
WWGFAAm:00:55