ROBOT MENGGANTIKAN 56 PELAJAR DIRAIKAN DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM PUTRA QUALITY QURANTINE 2020. | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » ROBOT MENGGANTIKAN 56 PELAJAR DIRAIKAN DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM PUTRA QUALITY QURANTINE 2020.

ROBOT MENGGANTIKAN 56 PELAJAR DIRAIKAN DALAM MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM PUTRA QUALITY QURANTINE 2020.

 

23 APRIL 2020 – Seramai 56 pelajar Universiti Putra Malaysia telah diraikan dalam sebuah Majlis Penyampaian Hadiah bersempena Program Putra Quality Quarantine 2020 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2019/2020. Pelajar – pelajar yang terdiri dari pelbagai fakulti dan koleh kediaman ini adalah pemenang kepada tujuh (7) pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sepanjang tempoh PKP ini bermula 31 Mac 2020 sehingga 14 April 2020 yang lalu. Uniknya, robot daripada Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia digunakan untuk mewakili pemenang-pemenang yang menjalani PKP di rumah.

 

 

Majlis dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan pemenang-pemenang yang berada di dalam kampus. Pemenang-pemenang yang lain disiarkan langsung dari kediaman masing-masing Melalui aplikasi mesyuarat maya ‘Zoom’.

 

Pelbagai pertandingan diadakan antaranya; Pertandingan Video Kreatif, Pertandingan Video Dakwah Santai, TikTok Challenge: UPM Stay Safe, Pertandingan Photypography Kreatif, Pertandingan Video UPM Fitness Challenge, E-Sport Mobile Legend, dan Pertandingan Mencipta Slogan dan Tips Penjagaan Kesihatan. Hadiah wang tunai melenbihi RM 4,500.00 ditawarkan kepada pemenang-pemenang hasil tajaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Pusat Sukan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia.

 

Objektif program Putra Quality Quarantine 2020 adalah untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi kesihatan mental, emosi dan jasmani, serta mahasiswa yang memanfaatkan waktu lapang dengan mempelajari perkara baharu.

 

 

Tarikh Input: 24/04/2020 | Kemaskini: 24/04/2020 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdJA5~