Usaha Bersepadu Mahasiswa Selamatkan Bumi Versi Norma Baharu: Yayasan Kossan Taja 1000 Anak Pokok Demi Kejayaan Program | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Usaha bersepadu mahasiswa selamatkan bumi versi norma baharu: Yayasan Kossan taja 1000 anak pokok demi kejayaan program

Usaha bersepadu mahasiswa selamatkan bumi versi norma baharu: Yayasan Kossan taja 1000 anak pokok demi kejayaan program

Oleh : Nurul Iffah Binti Samshul Kamar

FACEBOOK LIVE 12 & 13 Jun, – Program Selamatkan Bumi Edisi Norma Baharu 2021 anjuran Bakti Siswa kumpulan 13 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar Universiti Putra Malaysia dan juga komuniti luar. Walaupun program ini diadakan secara maya iaitu melalui Facebook Live, namun penyertaan yang amat menggalakkan itu telah membuktikan bahawa masyarakat sangat berminat untuk menyertai program berkaitan kelestarian alam. Program ini benar-benar membawa inspirasi baharu kepada komuniti terutamanya pada era pandemik yang semakin memuncak ini.

Para pelajar Bakti Siswa kumpulan 13 sangat berbesar hati menerima tajaan daripada penaja utama bagi program Selamatkan Bumi Edisi Norma Baharu 2021 iaitu Yayasan Kossan dengan jumlah tajaan sebanyak RM7030 dan tajaan ini telah memberi peluang untuk para pelajar menjayakan program dengan lebih sempurna.

Sebanyak 1000 anak pokok telah berjaya diperoleh hasil daripada tajaan murni Yayasan Kossan dan pihak pengurusan program telah mengagihkan anak pokok tersebut kepada komuniti sekitar Universiti Putra Malaysia, Sekolah Kebangsaan Jalan U3 Shah Alam dan komuniti Rukun Tetangga Taman Sri Serdang.

Selain itu, beberapa program juga telah dijalankan selama dua hari ini dan berjaya diisi dengan pelbagai aktiviti yang padat dan menarik dengan maklumat dan informasi berbentuk ilmiah yang mudah diterap masuk ke dalam minda masyarakat seperti aktiviti zumba dan webinar daripada pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr. Rohasliney binti Hashim yang bertajuk “Plants, The Root of Earth” serta webinar daripada ‘influencer’ media sosial, Muhammad Naufal bin Mohamad Zani yang bertajuk “Giving Back to Earth”.

Gambar 1. Slot Tarian Zumba.

 

Gambar 2. Penyerahan anak pokok kepada pihak Sekolah.

 

Gambar 3.  Webinar daripada Dr. Rohasliney.

 

Pada akhir slot program, majlis penutup telah dirasmikan oleh wakil daripada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Encik Isnain bin Ali dengan penuh rasa bangga dan beliau juga menyatakan hasrat dan harapan terhadap pelajar Universiti Putr Malaysia.

Gambar 4. Webinar bersama Encik Naufal.

Gambar 5. Penyerahan anak pokok kepada komuniti.

 

“ Saya menyeru kepada pelajar dan mereka yang terlibat dalam program ini agar bersama-sama membentuk suatu komuniti yang saling menghargai dan mempunyai suatu matlamat untuk membantu sesama kita menjaga ekosistem di Malaysia terutamanya dan sama-sama lah kita mempunyai niat untuk menanam pokok agar dapat mewujudkan suasana kehidupan yang lebih sihat di masa akan datang. “ kata Encik Isnain bin Ali yang hadir semasa majlis perasmian penutup program ini.

 

 

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXERGAJ~