Keusahawanan | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» KURSUS DITAWARKAN » Keusahawanan » Keusahawanan

Keusahawanan

 

QKH2101
Pengurusan Taman

Kursus ini merangkumi asas pengendalian pengurusan taman termasuk nurseri dan lanskap, penyelengaraan, dan mengorganisasi pengurusan projek landskap. Keusahawanan melalui jualan hasil nurseri dan perkhidmatan landskap juga ditekankan. Ia juga meliputi penganjuran program berkaitan pengurusan taman bersama komuniti.

1(0+1)

QKH2102
Kraftangan

Kursus ini merangkumi pengenalan dalam mengenal pasti produk kraftangan yang berpotensi untuk direka cipta daripada pelbagai bahan terpakai untuk tujuan pengkomersilan. Ia juga meliputi penganjuran program berkaitan kraftangan bersama komuniti.

1(0+1)

QKH2103
Batik Canting

Kursus ini merangkumi asas batik canting dan kepelbagaian teknik dalam batik canting termasuk proses mencanting, mewarna dan mematikan warna. Penghasilan karya dan produk batik bagi tujuan pengkomersilan juga ditekankan. Ia juga meliputi penganjuran program berkaitan batik canting bersama komuniti.

1(0+1)

QKH2104
Usahawan Siswa

Kursus ini merangkumi pelbagai aspek ilmu dan kemahiran pengurusan asas keusahawanan serta aktiviti mengenal pasti, merancang dan memasarkan produk. Pemasaran produk melalui program keusahawanan dengan komuniti juga ditekankan.

 

1(0+1)

 

 

 

Kemaskini:: 02/11/2022 [hairulnizam]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdCAE~