Kebudayaan | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» KURSUS DITAWARKAN » Kebudayaan » Kebudayaan

Kebudayaan

 

QKB2101
Seni Tari Melayu

Kursus ini merangkumi tentang perkembangan seni tari Melayu dan kepelbagaian teknik tarian dan gerak tari dengan memperagakan kostum, aksesori dan peralatan yang telah dipilih mengikut lagu pilihan. Penganjuran program seni tari Melayu dengan komuniti juga ditekankan.

1(0+1)

QKB2102
Muzik Kompang

Kursus ini merangkumi tentang perkembangan muzik kompang dan kepelbagaian teknik pukulan mengikut rentak asas, lanjutan dan berlagu. Kursus ini juga menekankan asas koreografi dan perarakan berkompang secara formasi. Ia juga meliputi penganjuran program berkaitan muzik kompang dengan komuniti.

1(0+1)

QKB2103
Teater dan Drama Pentas

Kursus ini merangkumi tentang perbezaan, perkembangan dan kepelbagaian gerakan asas teater atau drama pentas. Aspek teknikal seperti tatabusana, tatarias, peralatan, set, panggung, mengolah skrip, pemilihan watak dan lakonan dalam penganjuran program teater atau drama pentas dengan komuniti juga ditekankan.

 

1(0+1)

QKB2104
Vokal Asas

Kursus ini merangkumi kepelbagaian teknik nyanyian, pernafasan dan teori lontaran suara dalam vokal asas mengikut jenis rentak dan genre muzik. Penganjuran program vokal asas dengan komuniti juga ditekankan.

 

1(0+1)

QKB2105
Seni Tari Klasik India

Kursus ini merangkumi tentang perkembangan seni tari klasik India dan kepelbagaian teknik tarian dan gerak tari dengan memperagakan kostum, aksesori dan peralatan yang telah dipilih mengikut lagu pilihan. Penganjuran program berkaitan seni tari klasik India dengan komuniti juga ditekankan.

1(0+1)

QKB2106
Cak Lempong

Kursus ini merangkumi tentang latar belakang muzik cak lempong dan kepelbagaian teknik persembahan dan pukulan mengikut penyesuaian lagu. Penghasilan pemalu dan penalaan bonang cak lempong juga ditekankan. Ia juga meliputi penganjuran program berkaitan cak lempong dengan komuniti.

1(0+1)

QKB2108
Pengurusan Pentas

Kursus ini merangkumi asas pengurusan pentas dan persembahan, aspek teknikal, susun atur konsep program, melukis pelan lantai dan pengurusan pentas produksi seni. Penganjuran program pengurusan pentas dengan komuniti juga ditekankan.

 1(0+1)  

QKB2109
Persembahan Lisan Tradisional

Kursus ini merangkumi latar belakang persembahan lisan tradisional dan kepelbagaian teknik persembahan seperti nyanyian dan puisi tradisional. Ia juga meliputi gabungan vokal, suara dan muzik dalam persembahan lisan tradisional. Penganjuran program persembahan lisan tradisional dengan komuniti juga ditekankan.

1(0+1)

QKB2110
Tarian Baris

Kursus ini merangkumi latar belakang persembahan tarian baris dan kepelbagaian teknik asas tarian mengikut lagu pilihan dengan memperagakan kostum, aksesori dan peralatan yang telah dipilih. Ia juga meliputi penganjuran program berkaitan tarian baris dengan komuniti.

 1(0+1)

QKB2111
Teater Tradisi Bangsawan

Kursus ini merangkumi perbezaan, perkembangan dan kepelbagaian gerakan asas teater tradisi bangsawan. Aspek teknikal seperti tatabusana, tatarias, peralatan, set, panggung, mengolah skrip, pemilihan watak dan lakonan dalam persembahan teater tradisi bangsawan juga ditekankan. Ia juga meliputi penganjuran program berkaitan persembahan teater tradisi bangsawan dengan komuniti.

1(0+1)

QKB2112
Gordang Sembilan

Kursus ini merangkumi tentang latar belakang dan perbezaan peralatan gordang sambilan, kepelbagaian teknik pukulan serta pemilihan dan penyesuaian busana, aksesori dan peralatan yang telah dipilih. Ia juga meliputi penganjuran program berkaitan gordang sambilan dengan komuniti.

1(0+1)




 

 

Kemaskini:: 02/11/2022 [hairulnizam]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdVAa~