HARI PERBARISAN BADAN BERUNIFORM SESI 2022/2023 BINA SIFAT KEPIMPINAN PELAJAR | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » HARI PERBARISAN BADAN BERUNIFORM SESI 2022/2023 BINA SIFAT KEPIMPINAN PELAJAR

HARI PERBARISAN BADAN BERUNIFORM SESI 2022/2023 BINA SIFAT KEPIMPINAN PELAJAR

SERDANG, 14 Januari - Seramai 141 orang anggota gabungan daripada semua badan beruniform di Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Hari Perbarisan Badan Beruniform Sesi 2022/2023 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM.
 
Penganjuran program ini bertujuan untuk membina sifat kepimpinan, perpaduan dan patriotisme melalui perbarisan badan beruniform.
 
Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata program ini dilaksanakan semula setelah terhenti seketika berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
 
 
"Platform seperti ini juga wajar digunakan untuk mempromosi dan menarik penyertaan lebih ramai pelajar menganggotai badan beruniform yang ada di UPM.
 
"Jumlah keseluruhan anggota badan beruniform di UPM pada ketika ini adalah seramai 632 orang pelajar daripada tahun pertama hingga tahun akhir.
 
"Ini merupakan jumlah yang cukup besar dan sekali gus menunjukkan bahawa pelajar UPM sentiasa beriltizam untuk bergiat aktif dalam pasukan badan beruniform," katanya.
 
Perbarisan ini telah disertai oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS), Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri KLOVER
 
.
 
Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh setiap badan beruniform ini juga dilihat selari dengan Matlamat Satu, Pelan Strategik UPM 2021 – 2025 iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang. -UPM

Date of Input: 16/01/2023 | Updated: 16/01/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdSAD~