KEJOHANAN BADMINTON FESKO 2022/2023 ANJURAN PELAJAR QKS2102 DISAMBUT MERIAH OLEH PARA PENGGEMAR SUKAN BADMINTON | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » KEJOHANAN BADMINTON FESKO 2022/2023 ANJURAN PELAJAR QKS2102 DISAMBUT MERIAH OLEH PARA PENGGEMAR SUKAN BADMINTON

KEJOHANAN BADMINTON FESKO 2022/2023 ANJURAN PELAJAR QKS2102 DISAMBUT MERIAH OLEH PARA PENGGEMAR SUKAN BADMINTON

SERDANG 14 Januari, – Sukan Badminton bukanlah sukan yang asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Perkara ini sudah menjadi amalan yang terpupuk dalam diri masyarakat tanpa mengira faktor usia. Usaha yang dilakukan oleh para pelajar QKS2102 dengan bantuan 2 orang fasilitator serta sokongan daripada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) membuahkan hasil yang cukup memadai apabila kejohanan yang dianjurkan disambut meriah oleh peminat tegar sukan badminton.

 

Berlansungnya kejohanan ini selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 Januari 2023 bertempat di Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi pelbagai cabaran dan dugaan serta manfaat kepada para pelajar dan komuniti setempat. Kegelisahan yang bermain di minda para pelajar akhirnya bertemu jalan penyelesaian apabila kejohanan berjalan dengan lancar walaupun pertama kali bagi mereka menganjurkan kejohanan yang sedemikian.

Afiq bin Azmi, pengarah bagi program ini mengatakan bahawa program ini dapat meningkatkan lagi kemahiran pemain dan mengukuhkan lagi hubungan dalam kalangan para peserta tidak lupa juga terjalinnya hubungan yang lebih luas antara pelajar dan peserta. Beliau berkata, “pemain-pemain di kejohanan ini pernah bertemu semasa di kejohanan lain yang pernah mereka sertai”.

 

“ Ini adalah kesempatan yang baik untuk kita merapatkan lagi hubungan di antara mereka semasa berlangsungnya kejohanan ini ”. Bukan itu sahaja, kejohanan ini juga dihadiri oleh bilangan penonton yang ramai jumlahnya sehingga suasana di dewan agak sesak dan riuh dengan sorakan yang padu untuk pemain-pemain yang mereka minati.

 

Semasa program ini berlangsung juga, tetamu yang tak diduga turut berkunjung untuk menemu ramah para pelajar yang menganjurkan kejohanan ini. Sekumpulan pelajar dari Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi berkunjung untuk menanyakan beberapa soalan untuk menyiapkan tugasan berkumpulan bagi memenuhi keperluan kursus yang diambil oleh mereka pada ketika itu.

Seorang pelajar yang ingin dikenali sebagai Acap mengatakan bahawa mereka berminat untuk menemu ramah para pelajar dari UPM setelah mendengar berita bahawa kejohanan badminton ini akan diadakan. Tambahan pula, lokasi UPM agak berdekatan dengan kolej kediaman mereka yang menjadi kemudahan untuk mereka datang kemari.

Date of Input: 13/04/2023 | Updated: 13/04/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUOAH~