Program LAUGH N’ LEARN WITH UPM Bertemakan Heroes And Leaders Human And The Environment | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » Program LAUGH N’ LEARN WITH UPM Bertemakan Heroes and Leaders Human and the Environment

Program LAUGH N’ LEARN WITH UPM Bertemakan Heroes and Leaders Human and the Environment

 

Oleh: Irdina Fatini

KAJANG 9 Jun,– Khidmat sosial merupakan salah satu wahana terbaik bagi membantu dan memberi manfaat kepada murid-murid sekolah yang bakal menggantikan generasi belia zaman sekarang, ini terbukti dengan program meriah daripada para pelajar UPM dan pelajar sekolah anjuran Bakti Siwa Kumpulan 1 dengan Kerjasama Pusat Kokurikulum.

 

               Khidmat gotong-royong dapat memupuk budaya menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, budaya ini dilihat semakin kurang diamalkan disebabkan oleh sikap sesetengah golongan masyarakat yang semakin kurang mementingkan penjagaan alam sekitar. Justeru, program ini bukan sahaja merangkumi khidmat sosial tetapi membantu pelajar dalam aspek yang lain seperti menjaga alam sekitar.

 

             Sebagai pelajar yang menuntut di universiti, ianya amat penting untuk memahami masyarakat dengan teliti dan memberi khidmat sosial kepada tempat yang memerlukan seperti sekolah. Hal ini menjurus kepada fokus utama dalam membantu dalam menambah keceriaan dan kebersihan kawasan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dan murid sekolah.

 

             Bukan itu sahaja, ia juga dapat mewujudkan persekitaran yang lebih indah dan ceria di sekolah dari semasa ke semasa.

             Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah Ice Breaking, Fun game yang terdiri daripada pelbagai aktiviti. Misalnya, Chicken Dance, Ping Pong Game, Charades dan bermacam-macam lagi aktiviti terbuka kepada semua pelajar sekolah termasuklah orang guru-guru.

            Program ini mampu Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid sekolah dengan mahasiswa universiti dan meningkatkan pengalaman murid untuk berinteraksi dengan pelajar universiti.

 

Date of Input: 01/11/2023 | Updated: 01/11/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SWMHPAj:15:50