SESI ZIARAH DAN PENYAMPAIAN BANTUAN PASCA BANJIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » SESI ZIARAH DAN PENYAMPAIAN BANTUAN PASCA BANJIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

SESI ZIARAH DAN PENYAMPAIAN BANTUAN PASCA BANJIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Pejabat ADUN Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor

3 November 2023 - Universiti Putra Malaysia (UPM) menyahut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui dasar keprihatinan dan tanggungjawab komuniti dengan melaksanakan Sesi Ziarah dan Penyampaian Bantuan Pasca Banjir bagi menyantuni mangsa yang telah ditimpa musibah akibat bencana banjir di Dusun Tua, Hulu Langat.

Seramai 150 warga penduduk yang terkesan akibat bencana tersebut telah dibekalkan dengan kotak Bantuan Makanan KPT yang setiap satu bernilai RM50.00, yang turut membabitkan kerjasama sumbangan daripada Universiti Malaya (UM), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setiap kotak Bantuan Makanan KPT-UPM mengandungi keperluan bekalan makanan asas seperti beras, tepung, gula, biskut dan sebagainya.

 

Pasukan UPM telah diketuai oleh Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Prof. Madya Dr Omrah Hassan @ Hussin bersama-sama dengan sukarelawan pelajar dari Kelab Pembangunan Insaniah (INSAN).

 

 

Majlis telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz, ADUN Dusun Tua
Hulu Langat, Selangor dan YBhg. Datuk Haji Mohammad Khairi bin Haji A. Malik, Setiausaha Politik, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Date of Input: 04/11/2023 | Updated: 04/11/2023 | athirahhanum

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SWMHOAn:14:32