UPM CIPTA REKOD AKTIVITI KESUKARELAWANAN TERPANJANG DI MALAYSIA | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » UPM CIPTA REKOD AKTIVITI KESUKARELAWANAN TERPANJANG DI MALAYSIA

UPM CIPTA REKOD AKTIVITI KESUKARELAWANAN TERPANJANG DI MALAYSIA

May be an image of 7 people and people standing

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi 41 projek Program Putra Longest Non Stop Volunteerism Activities (PUTRA LoVA) sempena Sambutan Hari Putra Bakti UPM.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu yang mewakili Naib Canselor berkata aktiviti seumpama ini dilaksanakan bagi mencapai Matlamat 1 Pelan Strategik UPM 2021-2025, iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

Di samping itu untuk terus memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.

“Program ini juga diadakan sempena sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day) yang disambut pada 5 Disember setiap tahun sebagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1985.

“PUTRA LoVA telah membuka laluan kepada pelajar UPM untuk mengasah kemahiran insaniah melalui sumbangan signifikan kepada masyarakat berpaksikan motto UPM “Berilmu Berbakti”,” katanya dalam ucapan majlis perasmian penutup program PUTRA LoVA.

No photo description available.

PUTRA LoVA anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM merupakan rekod pertama dalam negara melaksanakan aktiviti sukarelawan paling lama tanpa henti selama tempoh 40 jam bermula jam 6.00 pagi pada 10 Disember lalu dan berakhir jam 10.00 malam pada 11 Disember 2022.

Program tersebut membabitkan lebih 2,000 sukarelawan terdiri dari kalangan staf, pelajar dan komuniti setempat.

Antara projek kesukarelawanan yang telah dilaksanakan ialah membersihkan Sungai Klang, menyantuni golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mengagihkan makanan kepada petugas barisan hadapan serta aktiviti gotong-royong di beberapa lokasi yang terpilih.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga UPM dan masyarakat Malaysia serta menggalakkan pelajar UPM untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan bersama komuniti.

Selain itu, memperkukuhkan hubungan jaringan UPM dengan masyarakat serta untuk memperkasakan visibiliti UPM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Date of Input: 21/12/2022 | Updated: 25/12/2022 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdNAt~