PELAWAAN BAGI PENCALONAN HADIAH UNIVERSITI | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» AKTIVITI » AMALAN 5S FEP

Tajuk Acara
PELAWAAN BAGI PENCALONAN HADIAH UNIVERSITI
Tarikh
14 Aug 2024 - 31 Aug 2024
Masa
08.00 - 05.30
Lokasi
PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Ringkasan Acara
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗞𝗢𝗞𝗨𝗥𝗜𝗞𝗨𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥⁣⁣ ⁣⁣ Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia melalui Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar buat julung kalinya menawarkan Pingat Emas Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Tajaan Usaha Jana Sdn. Bhd. untuk dikurniakan kepada salah seorang graduan Universiti Putra Malaysia Semasa Majlis Konvokesyen kali ke-48.⁣⁣ ⁣⁣ Sehubungan dengan itu, permohonan/pencalonan bagi Pingat Emas Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar telah dibuka. Calon yang berminat dijemput untuk mengisi Borang Pencalonan Hadiah Universiti melalui Kod QR di dalam poster hebahan dan dihantar ke emel ashraff@upm.edu.my selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2024 (Sabtu).⁣⁣ ⁣⁣ Calon yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia untuk sesi temu duga pada 5 September 2024 (Khamis). Sekiranya calon tidak menerima maklum balas daripada pihak urus setia selepas 4 September (Rabu), permohonan dianggap tidak berjaya.⁣⁣ ⁣⁣ Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi : ⁣⁣ 03-9769 8553 (En. Ashraff)⁣⁣ 03-9769 8560 (Cik Aqma)⁣⁣

Kemaskini:: 16/08/2024 [saidatul.halim]

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (10:11:13pm-10:16:13pm, 30 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]