PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-64 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-64
Tarikh
11 Aug 2021 - 31 Aug 2021
Masa
08.00 - 12.00
Lokasi
DALAM TALIAN
Ringkasan Acara
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA Bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-64, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar akan mengadakan Pertandingan Mencipta Pantun. Ayuh 🔊, serlahkan bakat anda dengan menyertai pertandingan ini dan anda berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM300.00! 😍 Terbuka kepada semua Pelajar UPM!! 👩🏼‍🎓👨🏻‍🎓 PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN Tema: Menghayati Rukun Negara Tarikh tutup penyertaan: 25 Ogos 2021, jam 5.00 Petang Maklumat pertandingan: 1. Berkonsepkan 12 rangkap pantun empat kerat mengikut tema yang ditetapkan. 2. Pada mana-mana bahagian pantun hendaklah tiada unsur-unsur yang sensitif berkaitan agama, etnik dan politik serta tidak menggunakan nama peribadi sesiapa sahaja. 3. Sila muatnaik hasil ciptaan di Google Form: https://bit.ly/2VCZbnx 4. Keputusan pertandingan akan diumumkan secara dalam talian pada 28 Ogos 2021. 5. Keputusan juri adalah muktamad. 6. Pantun ciptaan peserta adalah hak milik Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM. Sila layari laman web dan Facebook PKPP untuk mengetahui syarat dan terma pertandingan. Website PKPP: https://pkpp.upm.edu.my/ Facebook PKPP: https://www.facebook.com/CSDCUpm Sebarang pertanyaan boleh hubungi 👇🏻 Cik Shazleen : shazleen@upm.edu.my

Kemaskini:: 11/08/2021 [hairulnizam]

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (04:32:46am-04:37:46am, 07 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]