
11 September 2024 | -Sukarelawan MAHA 2024, MAEPS, Serdang, Selangor
Pada 11 hingga 22 September 2024 telah berlangsungnya MAHA 2024 di MAEPS, Serdang, Selangor dan melibatkan seramai 150 orang pelajar. MAHA Edisi 2024 adalah meraikan 100 tahun penganjuran pada tahun ini. Pada tahun ini, MAHA mengangkat ke peringkat antrabangsa dengan penglibatan penyertaan daripada pelbagai negara, mencetus pembangunan daya tahan dalam sektor keterjaminan makanan dan mengangkat minat golongan muda untuk turut serta dan menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama.



Sukarelawan yang terlibat memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek, termasuk pengurusan acara, penyambutan pengunjung, dan penjadualan pergerakan kenderaan. Pihak penganjur berbesar hati dengan sambutan yang luar biasa ini dan percaya bahawa penglibatan sukarelawan akan membantu memastikan acara ini berjalan lancar dan memberikan pengalaman yang memuaskan kepada semua pengunjung.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah melibatkan diri sendiri dan sukarela untuk dipertanggungjawabkan. Syabas dan Tahniah kepada semua SUKARELAWAN MAHA 2024 UPM!
Tarikh Input: 08/10/2024 | Kemaskini: 14/10/2024 | saidatul.halim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan