
7 Mei 2025 - Telah berlangsungnya program "AIPA Roadshow Goes to Malaysia" anjuran Sekretariat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) yang bertempat di Wyndham Acmar Klang, Selangor. Program ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara parlimen negara-negara ASEAN. Seterusnya, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Ar. Siti Rozaimeriyanty Dato' Haji Abdul Rahman, Setiausaha Agung AIPA. Kemudian, program diteruskan dengan pembentangan oleh Sekretariat AIPA mengenai peranan, aktiviti, dan fungsi AIPA sebagai satu-satunya organisasi parlimen yang dikaitkan dengan ASEAN.

Pada slot seterusnya iaitu Sesi Perkongsian Eksklusif telah menjadi salah satu pengisian utama program, memberi peluang kepada peserta berinteraksi secara langsung dengan para panelis yang sangat berpengalaman. Slot ini telah dipandu oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM). Program kalini ini telah menampilkan panelis hebat seperti YB Ar. Siti Rozaimeriyanty Dato Haji Abdul Rahman (Setiausaha Agung AIPA), YB Mohd Najwan Bin Halimi (Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor - EXCO), dan YB Vivian Wong Shir Yee (Ahli Parlimen Sandakan, Malaysia). Turut hadir YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar merangkap Pengerusi YPA. Melalui perbincangan interaktif ini, peserta telah didedahkan kepada pandangan pakar tentang kerjasama parlimen ASEAN.

Program ini berjaya menghimpunkan wakil parlimen serta pihak berkepentingan dari negara-negara ASEAN untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat secara langsung. Melalui pembentangan dan sesi interaktif bersama panelis, peserta mendapat pencerahan mendalam mengenai inisiatif kerjasama parlimen serantau, seterusnya mengukuhkan kefahaman tentang peranan AIPA dalam mempererat hubungan antara negara-negara ASEAN.
Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 19/05/2025 | saidatul.halim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan