AKTIVITI RENANG BERSEMUKA KEMBALI SELEPAS MUSIM COVID | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » AKTIVITI RENANG BERSEMUKA KEMBALI SELEPAS MUSIM COVID

AKTIVITI RENANG BERSEMUKA KEMBALI SELEPAS MUSIM COVID

Oleh : Afifah Binti Ahmad Nasir

SERDANG 14 Januari – Aktiviti renang  melibatkan Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) akhirnya dilakukan secara bersemuka setelah 4 tahun menjalani musim pandemik yang dijalankan secara maya dan atas talian . Program kalini yang telah dijalankan dengan jayanya  melibatkan pelajar Sekolah Seri Serdang, pelajar sekolah rendah dan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kompleks Renang UPM bersempena Program Komuniti Swim and Safety anjuran KKB QKS2112 Renang Asas Kumpulan 1 dan Kumpulan 2

Fasilitator Khas Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP)merangkap tetamu kehormat program Dr Rozzamri Bin Ashari berkata program yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada pelajar UPM dalam mengendalikan suatu program serta Ia dapat dilihat melalui interaksi serta aktiviti yang dilakukan di kalangan pelajar bersama peserta program sedikit sebanyak membantu mengeratkan silaturrahim antara pelajar dengan komuniti luar selain dapat kembalikan suasana kemeriahan di Komplek Renang UPM.

Beliau turut memberi kredit kepada jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan program walaupun dalam kekangan waktu yang agak suntuk dan memuji serta berpuas hati dengan kelancaran dan perjalanan program.

Rata-rata peserta yang hadir tampak gembira dan sangat ceria sepanjang program berlangsung walaupun sedikit kepenatan. Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah  dan pelajar sekolah rendah sahaja itu turut dilihat memberi kerjasama yang baik sepanjang program yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang tersebut. Mereka juga turut beramah mesra dengan para fasilitator yang terlibat dengan aktiviti, namun masih mengekalkan jarak serta patuh pada SOP yang telah ditetapkan.

Antara aktiviti yang terlibat termasuklah senamrobik, teori & fizikal renang, water balloon, pool race vs safety run  dan water polo serta Majlis Penutup yang dilakukan secara semi-formal dan ringkas diiringi bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku serta Putra Gemilang diselangi ucapan Pengarah dan Tetamu Kehormat dan penyampaian hadiah kepada para peserta.

Sebelum majlis bersurai, para peserta turut bersama-sama mengabadikan kenangan di Kompleks Renang UPM dengan bergambar serta bersyukur sekurang-kurangnya mereka telah menjejakkan kaki ke sini .

Tarikh Input: 11/03/2023 | Kemaskini: 11/03/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEYHAC~