ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI DATO’ HARUN MELAWAT KE UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI DATO’ HARUN MELAWAT KE UPM

ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI DATO’ HARUN MELAWAT KE UPM

Oleh: Sophia Kam Min Hui, Siti Nur Fatma dan Farah Khaleesa

SERDANG 7 Januari - Pendidikan pengajian tinggi adalah amat penting kepada semua orang dan Program Jalinan Kasih Bakti Siswa UPM 2023 telah dianjurkan oleh pelajar QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 12 dengan kerjasama Rumah Bakti Dato’ Harun untuk berkongsi pengalaman menjadi mahasiswa UPM yang bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Pengarah Program Jalinan Kasih Bakti Siswa UPM 2023, Badrun Syahid Bin Bahrudin berkata, program yang dikhususkan kepada anak-anak yatim ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kehidupan di kampus di samping memperkenalkan sektor-sektor yang ada di Universiti Putra Malaysia dan program ini juga menekankan konsep “mentor-mentee” yang membenarkan anak-anak dari rumah Bakti Dato’ Harun untuk lebih selesa bertanyakan soalan-soalan dengan lebih terperinci.

Beliau turut berkata bahawa program ini juga bertujuan untuk memupuk masyarakat bagi menggalakkan aktiviti-aktiviti beramah mesra serta berinteraksi bersama anak-anak yatim piatu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Tambahan pula, program ini juga diharapkan dapat menceriakan golongan ini dan dapat wadah untuk membina sahsiah pelajar, menyuntik nilai moral seperti nilai kasih sayang terhadap kanak-kanak.

 “Dengan adanya program seperti ini, diharapkan juga dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi para pelajar dalam mengendalikan sesuatu program yang melibatkan komuniti yang ramai.”

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program adalah acara senamrobik, Ice Breaking, Explorace, Slot Sharing Session (Education), UPM Tour dan Lawatan ke Muzium Warisan Melayu, UPM.

Tuntasnya, dengan adanya program seumpama ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama mahasiswa dan mahasiswi serta memberikan pengalaman dan pendedahan kepada pelajar untuk menguruskan sesuatu program di bawah kendalian pelajar sendiri.


Membuat persiapan akhir untuk Program Jalinan Kasih Bakti Siswa UPM 2023 sebelum program berlangsung.


Menyambut ketibaan Anak-anak Yatim Rumah Bakti Dato’ Harun.


Sesi bergambar bersama-sama Anak-anak Yatim Rumah Bakti Dato’ Haron di hadapan Laman Warisan Melayu sebelum program bermula.

Tarikh Input: 03/03/2023 | Kemaskini: 03/03/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdWAe~