ANUGERAH PERDANA BELIA 2025 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » ANUGERAH PERDANA BELIA 2025

ANUGERAH PERDANA BELIA 2025

18 Mei 2025 - Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menerima penghargaan di Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan sebagai Ketua Panel Penilai. Beliau juga telah menerima Anugerah Penghargaan atas jasa dan komitmen cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Panel. 

 

Anugerah Penghargaan di Peringkat Negeri Perlis disampaikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, manakala di Peringkat Wilayah Persekutuan, anugerah tersebut disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Anugerah Penghargaan ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam memastikan kelancaran dan integriti proses penilaian APBN. Selain itu, proses penilaian yang dilakukan sudah dipastikan adil dan saksama kerana kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang pembangunan belia sudahpun menjadi kebiasaan.

 

PKPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad atas pengiktirafan yang telah diterima. Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam usaha membangunkan potensi belia demi masa depan negara yang lebih cerah.

Tarikh Input: 21/05/2025 | Kemaskini: 21/05/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (12:22:12am-12:27:12am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]