ASRAMA KASIH SERENDAH SUBUR DENGAN SENTUHAN MAHASISWA UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » ASRAMA KASIH SERENDAH SUBUR DENGAN SENTUHAN MAHASISWA UPM

ASRAMA KASIH SERENDAH SUBUR DENGAN SENTUHAN MAHASISWA UPM

Serendah, 18 Mei 2025 – Projek tanaman sayur yang dilaksanakan di Asrama Kasih Serendah menerusi program Skuad PUTRA (Pertanian Untuk Rakyat) oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mula membuahkan hasil apabila tanaman yang diusahakan mula dituai.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Mei 2025 itu merupakan salah satu inisiatif pendidikan komuniti berasaskan pertanian yang memberi pendedahan langsung kepada pelajar dalam mengaplikasikan ilmu pertanian untuk manfaat masyarakat.

Projek tersebut turut mendapat sokongan penuh daripada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM dan telah dirasmikan oleh Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad yang hadir pada program tersebut bagi memberikan sokongan terhadap usaha para pelajar.

Kejayaan projek tanaman ini menjadi bukti komitmen UPM dalam melaksanakan agenda keterjaminan makanan negara melalui pendekatan lestari dan kolaboratif bersama komuniti setempat.

Usaha ini juga selari dengan aspirasi True North UPM, yang menekankan peranan institusi pengajian tinggi dalam membina masyarakat berdaya tahan melalui pendidikan berimpak tinggi, penglibatan akar umbi dan pemindahan ilmu secara terus.

Melalui pelaksanaan projek ini, para pelajar bukan sahaja memperkasakan komuniti, malah mengukuhkan kefahaman mereka terhadap kepentingan pertanian sebagai salah satu faktor utama kelangsungan hidup dan pembangunan negara.

Secara keseluruhannya, program ini telah membuktikan bahawa penggabungan ilmu dan tindakan lapangan mampu melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berbakti kepada masyarakat sejajar dengan moto UPM, “Berilmu Berbakti”.

Tarikh Input: 14/07/2025 | Kemaskini: 23/07/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (04:16:54am-04:21:54am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]