AUDIT ENTITI HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA) BAGI TAHUN 2025 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » AUDIT ENTITI HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA) BAGI TAHUN 2025

AUDIT ENTITI HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA) BAGI TAHUN 2025

14 Mei 2025 - Proses Audit Entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan lancar di Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM). Audit ini dimulakan dengan sesi pembukaan rasmi yang dihadiri oleh barisan auditor yang diketuai oleh Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim, selaku Ketua Auditor. Turut hadir ialah Puan Noor Asneeda Mokhtar, Puan Nurul Atikah Yazik, dan Puan Harnita Binti Abd Wahab sebagai auditor yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan audit ke atas PKPP. Barisan pengurusan PKPP juga turut hadir dalam sesi pembukaan ini yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah PKPP, bersama Ts. Dr. Rozzamri Ashari, Timbalan Pengarah Seksyen Kokurikulum Berkredit dan En. Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah Seksyen Pentadbiran dan Pembangunan Pelajar.

 

Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memastikan tadbir urus, pengurusan program dan pelaksanaan aktiviti di bawah entiti HEPA berada pada tahap yang terbaik. Pelaksanaan audit ini turut memberi peluang kepada PKPP untuk menilai semula keberkesanan pelaksanaan dasar dan prosedur sedia ada serta mengenal pasti ruang penambahbaikan pada masa hadapan. Usaha ini penting dalam memastikan pengurusan selaras dengan aspirasi universiti dalam pembangunan pelajar yang holistik.

 

Pemeriksaan yang dijalankan melibatkan semakan dokumentasi, pengurusan rekod aktiviti pelajar, dan keberkesanan pelaksanaan program berdasarkan perancangan tahunan. PKPP sebagai salah satu entiti utama di bawah HEPA terus komited dalam menyokong pembangunan sahsiah, kepimpinan dan potensi mahasiswa melalui pelbagai aktiviti kokurikulum dan program khidmat masyarakat yang dapat mendidik mahasiswa UPM dari segala aspek.

Tarikh Input: 20/05/2025 | Kemaskini: 20/05/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (03:14:59pm-03:19:59pm, 29 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]