BENGKEL PEMURNIAN RUBRIK DAN PENULISAN BUKU MODUL KURSUS KOKURIKULUM BERKEDIT | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » BENGKEL PEMURNIAN RUBRIK DAN PENULISAN BUKU MODUL KURSUS KOKURIKULUM BERKEDIT

BENGKEL PEMURNIAN RUBRIK DAN PENULISAN BUKU MODUL KURSUS KOKURIKULUM BERKEDIT

09 Mei 2025 - Kelas Kokurikulum Berkredit telah berjaya melaksanakan Bengkel Pemurnian Rubrik dan Penulisan Buku Modul Kursus Kokurikulum Berkedit (KKB) Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertempat di Puteri Bay Hotel, Melaka. Bengkel ini berlangsung selama tiga hari iaitu 9 hingga 11 Mei 2025 dan juga disertai oleh Fasilitator Khas (FK) Kursus Kokurikulum Berkredit.

 

Sesi diteruskan dengan taklimat bengkel oleh Ts. Dr. Rozzamri Ashari, Timbalan Pengarah PKPP (Seksyen Kokurikulum Berkredit), yang menjelaskan kerangka kerja dan hasil yang akan dicapai daripada bengkel ini. Peserta kemudian terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan kumpulan bagi bertukar idea dan pendapat semasa bengkel berlangsung. Turut hadir, En. Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), Pn. Noraihan Noordin (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar) dan juga En. Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah PKPP (Seksyen Pentadbiran dan Pembangunan Pelajar).

Bengkel ini dapat membantu bagi melaksanakan transformasi signifikan dalam sistem penilaian kokurikulum. Rubrik yang disempurnakan dan buku modul yang dihasilkan bakal menjadi rujukan standard pada masa yang seterusnya juga, sekaligus meningkatkan kualiti penyampaian dan penilaian aktiviti kokurikulum. Inisiatif ini juga dapat melahirkan graduan yang lebih holistik dan seimbang dari aspek akademik dan sahsiah.

 

Pada 10 Mei 2025, bengkel diteruskan dengan Slot 2 yang memfokuskan kepada perbincangan dan penulisan Buku Modul Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) mengikut teras masing-masing. Sesi yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah melibatkan Fasilitator Khas (FK) dalam menghasilkan draf awal modul berdasarkan struktur dan objektif kursus yang telah ditetapkan.

 

Perbincangan turut menekankan keperluan modul yang tersusun, lengkap serta mampu menjadi panduan kepada fasilitator dan pelajar. Selain itu, proses ini membuka ruang kepada penambahbaikan kandungan modul agar sejajar dengan aspirasi pembangunan sahsiah dan akademik pelajar UPM.
Slot ini dapat memperkukuhkan kerjasama efektif antara peserta dan menyumbang kepada pembangunan modul yang lebih berstruktur dan informatif serta menyeluruh. Ia menjadi langkah penting dalam usaha memperkasa penyampaian kokurikulum ke arah melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.

 

Seterusnya, sesi pembentangan bagi Buku Modul Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) telah berlangsung dalam Slot 3 Bengkel Pemurnian Rubrik dan Penulisan Buku Modul KKB di Puteri Bay Hotel, Melaka. Sesi ini melibatkan pembentangan hasil perbincangan kumpulan berdasarkan teras kursus masing-masing. Setiap kumpulan membentangkan struktur modul, objektif pembelajaran dan cadangan penilaian bagi memastikan keselarasan dengan keperluan Kursus Kokurikulum Berkredit. Pembentangan ini turut menjadi medium perkongsian idea serta penambahbaikan melalui maklum balas semua peserta yang terlibat.


Sesi ini penting dalam membentuk asas modul yang lebih bagus dan seragam sebagai rujukan utama pelaksanaan kursus. Hasil pembentangan akan diguna pakai dalam proses pemurnian akhir modul bagi memastikan kualiti dan keberkesanan sistem penyampaian kokurikulum UPM.

 

Pada 11 Mei 2025, Bengkel Pemurnian Rubrik dan Penulisan Buku Modul Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) diteruskan dengan sambungan sesi pembentangan kumpulan. Setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan berkaitan pemantapan struktur modul, objektif pembelajaran dan proses penilaian kursus mengikut teras masing-masing.

Selepas sesi pembentangan, program diteruskan dengan Majlis Penutup Bengkel. Majlis dimulakan dengan sesi refleksi peserta yang berkongsi pandangan, pengalaman dan cadangan terhadap pelaksanaan bengkel serta impak kepada peranan fasilitator dalam Kursus Kokurikulum Berkredit.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pn. Noraihan Noordin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), yang menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan penganjur atas komitmen dalam memperkukuh sistem kokurikulum UPM. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ts. Dr. Rozzamri Ashari, Timbalan Pengarah PKPP (Seksyen Kokurikulum Berkredit), yang menekankan kepentingan modul dan rubrik yang sistematik sebagai asas kepada pengajaran yang berkualiti.

Majlis penutup disempurnakan oleh En. Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah PKPP (Seksyen Pentadbiran dan Pembangunan Pelajar), yang turut menyampaikan ucapan perasmian penutup. Beliau berharap agar usaha ini dapat diteruskan demi pembangunan pelajar UPM yang lebih holistik dan berkualiti.

Bengkel selama tiga hari ini bukan sahaja berjaya menghasilkan draf modul dan rubrik yang lebih tersusun, tetapi turut memperkukuh jaringan profesional dalam kalangan fasilitator serta memperjelas hala tuju Kursus Kokurikulum Berkredit di masa hadapan.

Tarikh Input: 20/05/2025 | Kemaskini: 20/05/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (01:00:12am-01:05:12am, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]