BENGKEL PENGURUSAN PROGRAM & PROTOKOL 2025 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » BENGKEL PENGURUSAN PROGRAM & PROTOKOL 2025

BENGKEL PENGURUSAN PROGRAM & PROTOKOL 2025

22 Februari 2025 – Bengkel Pengurusan Program & Protokol 2025 anjuran Youth of Strength and Happiness (YOSH) dan MyFundAction dengan kerjasama Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya diadakan di Dewan Kuliah BS03 KAA Zon D, Kompleks Mahasiswa PKPP UPM. Bengkel ini berlangsung sepanjang hari bermula dari jam 7:45 pagi hingga 6:00 petang dengan penyertaan yang memberangsangkan.



Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran menguruskan program secara lebih efektif dan efisien. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada pemahaman serta pelaksanaan protokol yang betul dalam sesuatu acara rasmi. Aspek latihan turut menjadi fokus utama dalam memastikan peserta mampu mengaplikasikan pengurusan program yang lancar dan profesional dalam pelbagai situasi.



Para peserta yang hadir terdiri daripada pelajar universiti serta individu yang berminat dalam bidang pengurusan acara. Sepanjang bengkel berlangsung, peserta diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam latihan simulasi dan sesi interaktif yang bertujuan meningkatkan pemahaman mereka terhadap konsep pengurusan program dan etika protokol yang sesuai.



Secara keseluruhannya, bengkel ini memberi manfaat besar kepada peserta dengan menambah nilai kepada kemahiran mereka dalam bidang pengurusan acara dan protokol. Kemahiran ini amat penting dalam dunia profesional dan diharapkan dapat membantu mereka dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab di masa hadapan dengan lebih teratur dan sistematik.



Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas penyertaan dan komitmen mereka. Diharapkan ilmu serta pengalaman yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan serta dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya masing-masing.

Tarikh Input: 03/03/2025 | Kemaskini: 03/03/2025 | syafiqirfan

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (04:08:15am-04:13:15am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]