

31 Mei 2025 - Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Berita Program Komuniti yang bertempat di Bilik Seminar 7, Kompleks Akademik A, PKPP. Bengkel tersebut telah disertai oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Publisiti.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah PKPP. Turut hadir semasa perasmian bengkel ialah En. Mohd Hazrie Minhat, Ketua Seksyen Kursus Kokurikulum Berkredit. PKPP juga telah menjemput penceramah berpengalaman iaitu En. Khairul Anuar Muhamad Noh (Ketua Bahagian Perumahan dan Penempatan UPM serta Mantan Fasilitator Kursus Kokurikulum Berkredit) bagi berkongsi ilmu, pengalaman serta pengetahuan kepada para peserta.
Tarikh Input: 05/06/2025 | Kemaskini: 05/06/2025 | saidatul.halim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan