BENGKEL TAKLIMAT PROSEDUR KELAS KOKURIKULUM BERKREDIT 2025 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » BENGKEL TAKLIMAT PROSEDUR KELAS KOKURIKULUM BERKREDIT 2025

BENGKEL TAKLIMAT PROSEDUR KELAS KOKURIKULUM BERKREDIT 2025

15 Mac 2025 -  Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Taklimat Prosedur 2025 yang bertempat di sekitar PKPP. Antaranya ialah, Dewan Putra PKPP, Bilik Kuliah Kompleks Mahasiswa PKPP, serta Bilik Mesyuarat PKPP. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua fasilitator mengenai pelbagai aspek penting berkaitan pengendalian program dan kelas di PKPP.

 

Bengkel dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM di Dewan Putra PKPP. Turut hadir di bengkel ini juga Ts. Dr. Rozzamri Ashari, Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Seksyen Kokurikulum Berkredit serta diuruskan bersama-sama dengan barisan Fasilitator Khas yang berpengalaman dan juga staf-staf PKPP yang lain.

 

Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel ini termasuk pengenalan kepada PKPP, takwim bagi semester akan datang, rubrik dan penilaian pengajaran, prosedur kewangan, serta pengurusan Sistem Maklumat Pelajar (SMP). Selain itu, semua fasilitator turut diberikan penerangan mengenai garis panduan dan prosedur lain yang berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program dan kelas di pusat tersebut.

Dengan penganjuran bengkel ini, diharapkan semua fasilitator lebih bersedia dan berkemahiran dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih efektif, cakna menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan dan pembangunan pelajar.

 

Tarikh Input: 17/03/2025 | Kemaskini: 19/03/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (02:24:38am-02:29:38am, 22 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]