BENGKEL TRAIN THE TRAINER (3T) KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT UPM SARAWAK | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » BENGKEL TRAIN THE TRAINER (3T) KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT UPM SARAWAK

BENGKEL TRAIN THE TRAINER (3T) KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT UPM SARAWAK

UPMS, 19 Julai 2025 - Universiti Putra Malaysia Kampus Sarawak (UPM Sarawak) telah berjaya menganjurkan Bengkel Train The Trainer (3T) Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) dengan objektif utama memperkukuh kefahaman, kemahiran serta peranan fasilitator dalam melaksanakan kursus kokurikulum di peringkat kampus.

Bengkel ini dirangka khusus bagi memastikan pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) di UPM Sarawak dapat dijalankan dengan lebih sistematik, efektif dan berimpak tinggi, selaras dengan keperluan semasa pendidikan tinggi negara. Fokus utama bengkel ini adalah memperkasa pendekatan Outcome-Based Education (OBE) dan Student-Centered Learning (SCL) yang menjadi teras kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan di UPM.

 

Antara objektif utama bengkel ialah: Memberi pendedahan menyeluruh tentang struktur, takwim, serta keperluan pentadbiran Kursus Kokurikulum Berkredit. Memupuk kefahaman yang lebih mendalam tentang konsep OBE dan SCL sebagai asas kepada keberhasilan pembelajaran. Meningkatkan kemahiran fasilitator dalam mengaplikasikan pendekatan terkini, inovatif dan relevan dalam pelaksanaan kursus. Menyokong pembangunan program komuniti berimpak tinggi berteraskan pendekatan True North UPM. Memperkasa fasilitator sebagai agen perubahan yang berperanan membimbing pelajar ke arah pembentukan sahsiah, kepimpinan dan tanggungjawab sosial.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM, Ts. Dr. Rozzamri Ashari, yang turut menekankan kepentingan peranan fasilitator sebagai tulang belakang dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah seimbang dari segi sahsiah, kepimpinan dan keterlibatan komuniti.

 

Pelaksanaan bengkel turut mendapat sokongan padu daripada barisan fasilitator khas UPM Sarawak iaitu En. Noor Hakim bin Ahmad (Ketua Pentadbiran UPMS), En. Fakhzan bin Buang, dan En. Mohamad Syukri bin Mohamad Adnan. Mereka bersama-sama berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam mengendalikan sesi bengkel yang meliputi taklimat, perbincangan interaktif, serta latihan berbentuk praktikal bagi memantapkan lagi kefahaman para peserta.

Bengkel ini bukan sahaja memberi manfaat kepada fasilitator KKB, malah menjadi titik tolak kepada usaha melahirkan pelajar UPM Sarawak yang holistik, progresif, serta mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan masyarakat. Dengan penganjuran bengkel ini, diharapkan pelaksanaan KKB akan lebih tersusun, strategik dan berfokuskan pelajar, selaras dengan misi UPM untuk melahirkan graduan berdaya saing, berjiwa masyarakat dan mampu mendepani cabaran global.

Tarikh Input: 30/09/2025 | Kemaskini: 30/09/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (10:36:36am-10:41:36am, 29 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]