FORUM HARI WANITA SEDUNIA 2025 : KESAKSAMAAN GENDER PENGGERAK PERUBAHAN | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » FORUM HARI WANITA SEDUNIA 2025 : KESAKSAMAAN GENDER PENGGERAK PERUBAHAN

FORUM HARI WANITA SEDUNIA 2025 : KESAKSAMAAN GENDER PENGGERAK PERUBAHAN

7 Mac 2025 - Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur berlangsungnya Forum Hari Wanita Sedunia 2025 bertemakan "Kesaksamaan Gender Penggerak Perubahan" berlangsung di Dewan Bankuet Parlimen Malaysia, yang bermula seawal jam 9.00 pagi. Acara dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Dato' Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, yang mengalu-alukan kehadiran para tetamu serta menekankan kepentingan kesaksamaan gender dalam pembangunan negara.

 

Ucapan perasmian pula disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, yang menegaskan peranan wanita sebagai pemacu perubahan dalam pelbagai sektor.

 

Sesi pertama bertajuk "Wanita Perkasa Peneraju Legasi Negara" bermula pada 9.20 pagi hingga 10.50 pagi, menampilkan panel berpengalaman, iaitu YB Puan Hajah Rodziah binti Ismail (Ahli Parlimen Ampang), YM Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor (Peguam serta Konsultan Gender dan Pembangunan), serta YBrs. Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah binti Sy Shiekh (Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia). Sesi ini dipandu oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad (Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia) sebagai moderator.

 

Perbincangan dalam sesi ini menekankan kepimpinan wanita, dasar perlindungan hak wanita, serta kepentingan pendidikan dalam memastikan kesaksamaan gender. Para panelis turut membincangkan cabaran wanita dalam politik, ekonomi, dan pendidikan, serta keperluan sokongan berterusan daripada semua pihak. Sesi ini juga turut membuka sesi soal jawab di mana peserta berpeluang mengajukan soalan serta berkongsi pandangan menjadikan sesi tersebut menjadi lebih interaktif serta informatif.

Tarikh Input: 17/03/2025 | Kemaskini: 17/03/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (01:51:31pm-01:56:31pm, 12 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]