Forum Sukarelawan Dan Bencana Alam | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Forum Sukarelawan dan Bencana Alam

Forum Sukarelawan dan Bencana Alam

Oleh: Jenny Awalina a/p Jeff

Serdang 11 JUN 2021 – Program Komuniti “Forum Sukarelawan dan Bencana Alam” dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat umum khususnya dalam kalangan ahli Pengakap Kelana tentang kepentingan kesukarelawanan. Oleh itu, Pengakap Kelanasiswa IV Kumpulan II, Universiti Putra Malaysia telah mengambil suatu inisiatif untuk memberi pendedahan tentang kesukarelawanan melalui forum dan kuiz untuk disampaikan kepada masyarakat umum khususnya para pelajar. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memenuhi syarat dan arahan yang telah ditetapkan oleh Universiti bagi subjek Ko-Kurikulum Berkredit Pengakap Kelana Siswa ini. Seterusnya, pelaksanaan program ini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan tugasan malahan ia mengandungi informasi yang berguna kepada semua lapisan masyarakat yang terlibat dengan forum ini. Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama fasilitator iaitu Tuan Norhisham B Mohd Nasir dan 23 orang pengakap kelanasiswa kumpulan 2.

Gambar 1. Sesi Perasmian bersama Prof. Datuk Dr. Paramasivam.

 

Pegawai Pemantau, Encik Mohd Imran Nur Hakim Bin Derasip, berkata program ini untuk memastikan ahli pengakap kelana menjadi warganegara dunia yang berguna dan berkebolehan seterusnya berkhidmat kepada masyarakat dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian masyarakat.

Program ini juga memberikan pengalaman dan pendedahan kepada pelajar dalam mengendalikan sesuatu program. Selain itu, pelajar dapat berkongsi ilmu pengetahuan yang dipelajari di dalam forum ini dengan pelajar-pelajar baharu seterusnya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah yang tinggi.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah para peserta boleh menyertai kuiz yang dijalankan melalui Kahoot. 3 peserta yang mencatatkan markah tertinggi akan diberikan hadiah yang lumayan. Pada hari kedua kuiz dalam Goggle Form juga disediakan. Para peserta yang berjaya menjawab kuiz dengan 80% betul akan diberikan sijil penyertaan.

Gambar 2. Sesi pertandingan kuiz Kaoot.

 

Gambar 3. Sesi bergambar bersama peserta.

 

“Forum Sukarelawan dan Bencana Alam yang dilaksanakan sangatlah bermanfaat serta boleh mendedahkan orang awam mengenai kesukarelawanan. Sambutan yang diterima oleh para peserta sangat mengagumkan apabila peserta yang menyertai kuiz adalah 1.2k dan yang menonton forum ini adalah 2k dalam masa 1 hari” kata Pegawai Pemantau iaitu Encik Mohd Imran Nur Hakim Bin Derasip.

 

Disediakan oleh :

NAMA : JENNY AWALINA A/P JEFF

TARIKH: 21 JUN 2021

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZNAh~