INNOVATION FUN DAY 3.0 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » INNOVATION FUN DAY 3.0

INNOVATION FUN DAY 3.0

 

SERDANG, 01 – 19 Jun - Kursus Kokurikulum Berkredit, Inovasi dan Reka Cipta QKI 2101 Kumpulan 1 Semester Kedua sesi 2020/2021 menganjurkan program “Innovation Fun Day 3.0” dengan menggunakan pelantar atas talian, Zoom meeting. Program Innovation Fun Day 3.0 merupakan program kesinambungan dari Innovation Fun Day 1.0 dan 2.0 yang mana, merupakan program komuniti bagi pelajar-pelajar Kursus Inovasi dan Reka Cipta QKI 2101 pada setiap semester. Program Innovation Fun Day 3.0 kali ini buat pertama kalinya mengetengahkan tiga subprogram iaitu D.I.Y Innovation Poster Competition, Virtual Treasure Hunt, dan Innovation Talk yang dijalankan secara maya. 

 

   Program ini dianjurkan bertujuan untuk membentuk kebolehan daya pemikiran kritis, menerapkan nilai inovasi dan kreativiti dan memperkenalkan aspek-aspek inovasi kepada masyarakat umum komuniti, terutamanya pada pelajar-pelajar IPT dan pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, program ini secara langsung dapat membentuk kemahiran sepanjang hayat kepada pelajar kursus ini dan juga para peserta; yang mana pelajar-pelajar masih boleh melaksanakan aktiviti yang dijalankan mengikut kesesuaian norma baharu, pandemik COVID-19 dengan menggunakan pelbagai teknologi semasa.

 

   Seramai 30 orang peserta menyertai pertandingan D.I.Y Innovation Poster Competition manakala 13 penyertaan untuk program Virtual Treasure Hunt yang melibatkan lebih 50 peserta daripada pelbagai IPT. Seterusnya, sebanyak lebih 100 orang peserta juga menyertai webinar Innovation Talk. Walaupun kita sedia maklum bahawa kebanyakkan pelajar IPT sedang dalam peperiksaan dan sebagainya.

 

   Kesemua program yang diadakan ini adalah hasil daripada kerjasama strategik di antara UPM dan The Institution Of Engineers Malaysia-UMP Student Section (IEM-UMPSS) Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menjayakan program Virtual Treasure Hunt, dua buah SRK iaitu SK IPG Kampus Dato Razali Ismail dan SRK Sekolah Rendah Kebangsaan Spaoh untuk menjayakan program D.I.Y Innovation Poster Competition dan MTDC bagi program Innovation Talk. Kejayaan program tersebut adalah hasil kerjasama dan semangat berkumpulan yang baik di antara rakan kerjasama, ahli jawatankuasa program dan semua pelajar kursus ini dengan bimbingan Puan Hafliza, fasilitator kami yang banyak mengajar untuk menguruskan program dengan teliti dan jayanya.

 

   “Program seumpama ini sudah tentu akan memberi manfaat kepada golongan belia terutamanya kepada pelajar UPM dalam mendedahkan mereka terhadap kepentingan inovasi dan bagaimana inovasi boleh memudahkan kehidupan dalam pelbagai aspek. Inilah bukti jelas usaha-usaha pelajar yang mengambil kursus inovasi dan reka cipta sangat komited dalam mempelajari, mempraktikkan dan mendalami intipati yang ada dalam kursus ini tanpa mengira kaum, budaya dan latar belakang,” kata Yang Berbahagia Encik Bukryman Sabri, Penyelaras Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia yang turut hadir semasa upacara penutupan program Innovation Fun Day 3.0.

 

Oleh: Harisha Munian

Tarikh Input: 28/06/2021 | Kemaskini: 28/06/2021 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUNAC~