Latihan Bencana Alam, Pelajar Lebih Bersedia | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Latihan Bencana Alam, pelajar lebih bersedia

Latihan Bencana Alam, pelajar lebih bersedia

Oleh: Zafran Rakifi

TANJUNG MALIM 5 Mei,–Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMMII), Kumpulan 1 di bawah Kursus Kurikulum Berkredit (KKB) Pusat kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UPM Serdang dan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UiTM Selangor telah mengadakan Program Perkhemahan Latihan Bencana Alam BSMM 2024 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 3 hingga 5 Mei 2024 bertempat di Teratak Riverview, Hulu Bernam, Selangor.

 

Program ini merupakan perkhemahan tahunan yang wajib dianjurkan oleh ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan merupakan latihan amali bagi Persijilan Asas Kursus Bantuan Bencana Alam & Operasi Menyelamat (BBOM).  Program perkhemahan yang dijalankan dapat membentuk sahsiah diri dari segi pengurusan masa, pergaulan dan komunikasi, semangat berpasukan dan disiplin.

Selain itu, pelajar didedahkan dengan simulasi cara menyelamat dan merawat pesakit mengikut keadaan dan situasi yang berbeza seperti kes yang sebenar. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mempraktikkan ilmu pertolongan cemas yang telah dipelajari sepanjang 2 semester menyertai BSMM.  Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti, aktiviti “case study”, taklimat masakan berkelompok, taklimat komunikasi radio dan pelajar diajar cara mewujudkan Pusat Pemulihan Bencana (CCP) dan “Field Clinic” semasa aktiviti simulasi Bencana Alam.

”Latihan seperti ini adalah sangat penting untuk mempersiapkan diri kita dalam menghadapi situasi yang tidak diingini. Melalui latihan dan simulasi ini, kita dapat meningkatkan kecekapan dan ketahanan kita dalam menghadapi bencana alam dengan lebih efektif,” kata Puan Norfazilah binti Abdullah, Fasititator Kursus KKB BSMM II Kumpulan 1 dalam ucapannya sebagai jurulatih semasa upacara penutupan program tersebut.

Melalui aktiviti yang dijalankan, para peserta dapat merasai pengalaman yang amat penting sebagai seorang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia supaya dapat biasakan diri dengan situasi bencana alam.

Simulasi bencana alam diadakan untuk memberi gambaran kepada pelajar Kursus Bulan Sabit Merah Malaysia tentang situasi bencana yang sebenar. Pelajar perlu mengaplikasikan ilmu BSMM seperti cara merawat luka menggunakan alatan dalam peti pertolongan cemas, cara membuat balutan menggunakan kain anduh segi tiga, cara memberi bantuan pernafasan CPR, cara mengusung mangsa menggunakan stretcher, cara nmelapor insiden kemalangan menggunakan walkie-talkie dan sebagainya.

 

Tarikh Input: 24/05/2024 | Kemaskini: 24/05/2024 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (08:54:24am-08:59:24am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]