MAHASISWA UPM ANJUR PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI SECARA NORMA BAHARU | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » MAHASISWA UPM ANJUR PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI SECARA NORMA BAHARU

MAHASISWA UPM ANJUR PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI SECARA NORMA BAHARU

UPM Serdang – Baru-baru ini, program komuniti berkaitan kesedaran kanser anjuran mahasiswa telah dijalankan walaupun mendepani cabaran pandemik Covid-19. Program kali ini menyasarkan mahasiswa, staf dan juga terbuka kepada orang awam sekitar Universiti Putra Malaysia.

Pengarah Program, Fadlin Adlina berkata, memandangkan penyakit berkaitan kesihatan komuniti seperti kesihatan mental, kanser serta strok di Malaysia semakin membimbangkan. Oleh itu, progam kesedaran kesihatan komuniti ini bertujuan untuk menerapkan kesedaran awal dalam kalangan peserta.

Katanya, fokus utama program ini adalah bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara pengisian menarik program ini ialah bual bicara bersama pakar kesihatan serta slot Anda Tanya Pakar Jawab yang dijalankan secara maya melalui streaming dalam talian di Youtube Live dan telah mendapat tontonan hampir 1500 penonton.

Program anjuran mahasiswa Kursus Bakti Siswa Kokurikulum Berkredit, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat kerjasama dengan pihak yang mempunyai kepakaran perubatan seperti Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Hospital Pengajar UPM dan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan UPM.

Fadlin berkata, orang ramai yang mempunyai risiko penyakit kanser boleh dirujuk kepada PPDN untuk membuat diagnosis awal menggunakan teknologi termaju di pusat itu seperti MRI. Ia selaras dengan tema “Kenali Tahap Kesihatan Anda”.

Tambahnya lagi, pihaknya percaya bahawa program kesedaran sebegini perlu dilakukan secara terus waima secara maya dan norma baharu kerana penyakit seperti kanser, strok dan mental tidak pernah hilang walaupun semasa pandemik Covid-19 melanda. Sayangi Diri Anda!

Tarikh Input: 06/08/2021 | Kemaskini: 06/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEYWAB~