14 Mei 2024- Majlis Pelancaran Kerjasama Hadiah Pek Korban Untukmu Gaza
Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Kokorikulum Dan Pembangunan Pelajar Dan Chapter Alumni Yosh UPM telah melancarkan Majlis Pelancaran Kerjasama Hadiah Pek Korban Untukmu Gaza dengan kerjasama
MyFundAction Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YBHG. DATO' PROF. DR. AHMAD FARHAN MOHD SADULLAH, selaku Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia.
Program ini adalah merupakan kesinambungan kerjasama solidariti Palestin yang telah berlangsung antara MyFundAction dan UPM sebelum ini. Kesinambungan dari itu, kedua belah pihak akan meneruskan manfaat kolaborasi dengan melancarkan Kerjasama Hadiah Pek Korban Untuk Palestin.
Hasil kolaborasi ini akan menggalakkan para kakitangan UPM untuk menyertai ibadah korban bersama MyFundAction dan daging-daging korban tersebut akan dimasak dan dipekkan dalam pek sedia dimakan atau "ready-to-eat" yang dianggarkan akan dihantar ke Gaza pada bulan Disember melalui jalan laut dengan kerjasama Pos Malaysia dan DRB HICOM.
Tarikh Input: 16/05/2024 |
Kemaskini: 16/05/2024 | saidatul.halim
PERKONGSIAN MEDIA