MESYUARAT MAJLIS KOKURIKULUM UNIVERSITI AWAM MALAYSIA BIL. 2/2025 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » MESYUARAT MAJLIS KOKURIKULUM UNIVERSITI AWAM MALAYSIA BIL. 2/2025

MESYUARAT MAJLIS KOKURIKULUM UNIVERSITI AWAM MALAYSIA BIL. 2/2025

09 Mei 2025 - Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menghadiri Mesyuarat Majlis Kokurikulum Universiti Awam Malaysia Bil. 2/2025 yang berlangsung di Celyn Resort, Kinabalu, Sabah.

 

Mesyuarat yang diadakan telah menghimpunkan wakil pengurusan kokurikulum dari seluruh universiti awam bagi membincangkan pelaksanaan dasar serta hala tuju kokurikulum dalam membentuk mahasiswa yang berdaya saing. Pelbagai isu dan cadangan turut dibincangkan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti yang berimpak tinggi terus dijalankan.

 


Turut diadakan ialah Bengkel Strategik UNICC 2025 yang bertujuan menyelaras strategi pelaksanaan University and National Integrated Co-Curriculum (UNICC) secara lebih bersepadu. Perkara ini mencerminkan komitmen universiti dalam memperkasa kokurikulum kebangsaan seiring dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tarikh Input: 19/05/2025 | Kemaskini: 20/05/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (02:59:12pm-03:04:12pm, 29 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]