MESYUARAT PENYELARASAN INDEKS PATRIOTISME DAN PERPADUAN NASIONAL (iPPN) | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » MESYUARAT PENYELARASAN INDEKS PATRIOTISME DAN PERPADUAN NASIONAL (iPPN)

MESYUARAT PENYELARASAN INDEKS PATRIOTISME DAN PERPADUAN NASIONAL (iPPN)

8 Januari 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Indeks Patriotisme dan Perpaduan Nasional (iPPN) telah diadakan di Bilik Serbaguna Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Mesyuarat yang bermula pada pukul 10 pagi ini melibatkan semua pentadbir fakulti dan bertujuan untuk memperkenalkan serta membincangkan pelaksanaan sistem iPPN.

Pengenalan sistem Indeks Patriotisme dan Perpaduan Nasional (iPPN) adalah selaras dengan Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), yang bertujuan mengukuhkan sistem sokongan pembelajaran. Sistem ini dibangunkan untuk mengukur tahap patriotisme dan perpaduan di kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran dan semangat kebangsaan di kalangan generasi muda.

 

Antara jemputan yang hadir dari Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM ialah Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM; En. Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Seksyen Pentadbiran dan Pembangunan Pelajar; Ts. Dr. Rozzamri Ashari, Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Seksyen Kursus Kokurikulum Berkredit; dan En. Mohd Hazrie Minhat, Ketua Seksyen Kursus Kokurikulum Berkredit Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM. Kesemua pentadbir daripada pelbagai fakulti juga turut hadir dalam mesyuarat ini.

 

Mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi usaha untuk meningkatkan tahap patriotisme dan perpaduan di kalangan pelajar IPT di Malaysia. Dengan adanya sistem iPPN, diharapkan pelajar dapat lebih memahami dan menghargai nilai-nilai kebangsaan serta mempererat hubungan antara pelajar dari pelbagai latar belakang. Ini adalah langkah penting dalam membentuk masyarakat yang lebih bersatu padu dan harmoni di masa hadapan.

Tarikh Input: 10/01/2025 | Kemaskini: 10/01/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (04:56:16pm-05:01:16pm, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]