MISI AGIHAN BANTUAN PASCA BANJIR DI TERENGGANU | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » MISI AGIHAN BANTUAN PASCA BANJIR DI TERENGGANU

MISI AGIHAN BANTUAN PASCA BANJIR DI TERENGGANU

Terengganu, 28 Disember 2024 – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Yayasan Rumah Zakat Indonesia dan Pertubuhan Sukarelawan Kemanusiaan Malaysia telah berjaya melaksanakan misi agihan bantuan pasca banjir. Misi ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di beberapa kawasan. Segala sumbangan yang disalurkan adalah daripada mereka yang telah membuat sumbangan ke Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Penyaluran bantuan ini melibatkan barangan keperluan asas dan makanan ringan kepada 10 keluarga di Hulu Terengganu, Kampung Nibong. En. Ridzuan, AJK Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), mengetuai misi ini untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, termasuk warga emas (pesakit kronik), orang kurang upaya, ibu tunggal, bapa tunggal, dan keluarga yang kehilangan punca pendapatan akibat banjir.

Selain itu, bantuan serupa juga telah disalurkan kepada 6 keluarga di Kuala Berang, Kampung Tok Bat, dengan En. Syed Affendi sebagai wakil penduduk yang menguruskan agihan bantuan tersebut. Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban mereka yang terjejas dan membantu mereka kembali bangkit selepas bencana.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen UPM dan organisasi rakan kerjasama dalam memberikan sokongan dan bantuan kepada masyarakat yang terkesan oleh bencana alam. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan ikhlas kepada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), sama ada agensi di dalam UPM mahupun di luar UPM, bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Kerana sumbangan ini, kami dapat menyalurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan di negeri Terengganu yang terjejas oleh banjir. Semoga bantuan yang disalurkan dapat memberikan manfaat dan membantu mereka yang memerlukan.

Tarikh Input: 30/12/2024 | Kemaskini: 03/01/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (11:50:51pm-11:55:51pm, 28 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]