
13 Oktober 2024 | -Misi Banjir Siri 1/2024, Universiti Putra Malaysia
Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia berjaya melaksanakan Misi Banjir Siri 1/2024 di Sekolah Agama Kafai Kampung Sungai Serai, Hulu Langat pada 13 Oktober 2024.


Misi di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) telah disertai 14 orang Sukarelawan Putra dan Pegawai Pengiring Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.
Di Sekolah Agama Kafai Kampung Sungai Serai, Hulu Langat sukarelawan UPM membantu operasi pembersihan kawasan banjir selain mengagihkan bantuan pek makanan kepada komuniti setempat.

”Misi seumpama ini adalah bukti bahawa warga universiti sentiasa mengambil peduli masalah yang menimpa anggota masyarakat dan bersedia untuk menghulurkan pelbagai bantuan sebagai tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat sekali gus bertepatan dengan motto UPM iaitu ‘Berilmu, Berbakti’,”.
Tarikh Input: 14/10/2024 | Kemaskini: 14/10/2024 | saidatul.halim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan