Penyertaan Zafina Paling Ramai Di UPM Catat MBOR | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Penyertaan Zafina paling ramai di UPM catat MBOR

Penyertaan Zafina paling ramai di UPM catat MBOR

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Sebanyak 6,278 orang meletakkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai peserta paling ramai membuat persembahan kecergasan Zafina.

Zafina adalah senaman aerobik berasaskan tarian zapin.

Para peserta terdiri daripada warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penduduk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak yang tinggal di sekitar kampus universiti itu di Serdang dekat sini, hari ini.

Aktiviti tersebut diadakan bersempena Hari Kokurikulum UPM.

Ia dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar universiti itu serta kumpulan Zumba Fitness.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berharap program sedemikian akan dijadikan sebagai acara tahunan. - UTUSAN ONLINE

Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 30/09/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdNAx~