PERBINCANGAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI@JIWA PUTRA DI UCTC | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PERBINCANGAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI@JIWA PUTRA DI UCTC

PERBINCANGAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI@JIWA PUTRA DI UCTC

19 Mei 2025 - Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar telah menghadiri perbincangan PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI@JIWA PUTRA diadakan di Pusat Transformasi Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai persiapan ke arah penganjuran program berimpak tinggi yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2025 di Sawah Sepadan, Tanjong Karang.

Perbincangan ini menghimpunkan pelbagai pusat dan fakulti utama di UPM termasuk Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Pusat Pembangunan dan Aset, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) serta Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK); dan juga pihak lain yang terlibat.

 

Perbincangan ini bertujuan menunjukkan pelan pelaksanaan dan menyelaras aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang program selama tiga hari dua malam, yang mensasarkan penglibatan komuniti setempat secara menyeluruh, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan semangat keterlibatan komuniti universiti. Program ini turut dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti secara mampan, dengan pendekatan holistik melibatkan aspek pendidikan, teknologi, sosial dan ekonomi setempat melalui kolaborasi rentas bidang dan penglibatan aktif pelbagai pihak.

Tarikh Input: 23/05/2025 | Kemaskini: 23/05/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (12:23:53am-12:28:53am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]