
PORT DICKSON, 19 April – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) telah menganjurkan Program Latihan Fasilitator (TOT): Journey to Profesionalisme yang berlangsung selama dua hari bermula 18 hingga 19 April 2026 di Pusat Latihan DRB-HICOM, Port Dickson.

Program ini menghimpunkan pemimpin dari setiap fakulti dengan objektif utama untuk memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi serta membentuk sahsiah diri yang profesional dalam kalangan pelajar sebagai fasilitator universiti untuk program profesional pelajar yang akan datang.
Inisiatif ini adalah persediaan menyediakan kumpulan pemudahcara dalam kalangan pelajar selari dengan Pelan Strategik PKPP iaitu dari belia kepada belia (Y2Y) sebagai agen perubahan pelajar. Ia juga menyokong aspirasi Pelan Strategik UPM bagi melahirkan graduan yang berdaya tahan, berkemahiran tinggi serta bersedia mendepani cabaran masa hadapan melalui penguasaan Kemahiran Insaniah yang menyeluruh dan berkesan.


Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Timbalan Pengarah PKPP, Dr. Rozzamri Ashari, Penulis Buku Modul 3P, Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir, Penceramah Khas, Encik Ludinata Misnun, Cik Nor Syazila Abdul Rahim, dan Encik Mohamad Ashaari Awab.
Tarikh Input: 21/04/2026 | Kemaskini: 22/04/2026 | saidatul.halim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan