PROGRAM JIWA PUTRA CHALLENGE: PERTANDINGAN EKSPLORASI (EXPLORANCE) RUKUN NEGARA INTERKOLEJ 2026 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PROGRAM JIWA PUTRA CHALLENGE: PERTANDINGAN EKSPLORASI (EXPLORANCE) RUKUN NEGARA INTERKOLEJ 2026

PROGRAM JIWA PUTRA CHALLENGE: PERTANDINGAN EKSPLORASI (EXPLORANCE) RUKUN NEGARA INTERKOLEJ 2026

                                                                                                                                  

Serdang, 26 April 2026 - Program Jiwa Putra Challenge: Pertandingan Eksplorasi (Explorance) Rukun Negara Interkolej 2026 yang diadakan di Dewan Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 April 2026.
Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Encik Dahlan Ismail Abu Bakar (Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar) bertujuan memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan pertandingan, laluan eksplorasi serta aspek keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang aktiviti berlangsung. Diteruskan dengan sesi agihan kad skor dilaksanakan bagi membolehkan setiap kumpulan merekodkan markah di setiap checkpoint yang dilalui.

Sebanyak 4 kolej telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelbagai kolej kediaman di UPM, antaranya Kolej Canselor (KC), Kolej Pendeta Zaaba (KPZ), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS)dan Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI). Penglibatan daripada pelbagai latar belakang ini menyaksikan pelbagai cabaran yang menuntut ketahanan fizikal. Kecerdasan mental serta keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis.

Program ini dimulakan dengan taklimat dan diteruskan dengan sesi agihan kad skor dilaksanakan bagi membolehkan setiap kumpulan merekodkan markah di setiap checkpoint yang dilalui. Setiap kumpulan bebas untuk memilih stesen yang utama hingga akhir dan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Sesi seterusnya ialah pelepasan kumpulan eksplorasi dilakukan secara berperingkat mengikut giliran yang telah ditetapkan bagi menandakan bermulanya cabaran eksplorasi dalam suasana penuh semangat dan juga debaran dalam kalangan peserta.

 

Program diteruskan dengan wacana rukun negara dan interaksi bersama peserta yang telah disampaikan oleh Encik Syazul Firdaus bin Dzulkefly, Penolong Pegawai Latihan AKM Negeri Selangor. Menariknya, sesi ini bukan sekadar penyampaian ilmu secara konvensional, malah turut diselitkan dengan aktiviti interaktif melalui permainan Kahoot yang melibatkan eksplorasi peserta.

Pendekatan santai dan interaktif ini berjaya menarik minat peserta untuk lebih memahami serta menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Para peserta kelihatan aktif mengambil bahagian dalam menjawab soalan yang diberi. Diharap dapat memperkukuh semangat patriotisme dan jati diri dalam kalangan pelajar, selaras dengan program objektif yang menekankan pemahaman serta penghayatan nilai-nilai negara.

 

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah melalui pelbagai cabaran eksplorasi yang menguji ketahanan fizikal, kecerdasan mental serta semangat kerjasama berpasukan. Setiap aktiviti yang dijalankan turut menerapkan nilai-nilai Rukun Negara sebagai asas pembentukan jati diri dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa.

Majlis penutup turut diserikan dengan sesi penyampaian cenderamata dan hadiah oleh Dr. Rozzamri Ashari (Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar) diiringi oleh Encik Dahlan Ismail Abu Bakar Ashari (Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar) dan juga Encik Syazul Firdaus bin Dzulkefly (Penolong Pegawai Latihan AKM Negeri Selangor) kepada semua pemenang. Johan adalah Kolej Canselor (KC), Naib Johan adalah Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) dan Ketiga adalah Kolej Tun Dr Ismail (KTDI).

Secara keseluruhannya, program penganjuran ini berjaya mencapai objektif dalam membentuk semangat kepimpinan, kerjasama dan jati diri dalam kalangan peserta. Diharapkan segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melahirkan generasi mahasiswa yang berdaya saing, berintegriti dan berwawasan. Syabas dan Tahniah diucapkan!

Tarikh Input: 19/05/2026 | Kemaskini: 19/05/2026 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (05:46:56pm-05:51:56pm, 21 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]