PROGRAM KOMUNITI “INNOVATION FUN DAY 3.0” PUPUK NILAI INOVASI PELAJAR | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PROGRAM KOMUNITI “INNOVATION FUN DAY 3.0” PUPUK NILAI INOVASI PELAJAR

PROGRAM KOMUNITI “INNOVATION FUN DAY 3.0” PUPUK NILAI INOVASI PELAJAR

Oleh: Harisha Munian

SERDANG, 19 Jun - Pelajar-pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit, Inovasi dan Reka Cipta (QKI 2101), Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia UPM telah menganjurkan program “Innovation Fun Day 3.0” bermula pada 1 sehingga 19 Jun 2021 dengan menggunakan pelantar atas talian, Zoom meeting dan FBLIve.

 

Innovation Fun Day 3.0 merupakan program kesinambungan dari Innovation Fun Day 1.0 dan 2.0 yang mana, merupakan program komuniti bagi pelajar-pelajar Kursus Inovasi dan Reka Cipta (QKI 2101) pada setiap semester. Program Innovation Fun Day 3.0 kali ini buat pertama kalinya mengetengahkan tiga subprogram iaitu D.I.Y Innovation Poster Competition, Virtual Treasure Hunt, dan Innovation Talk yang dijalankan secara maya. 

Program ini dianjurkan bertujuan untuk membentuk kebolehan daya pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, menerapkan nilai inovasi dan kreativiti dan memperkenalkan aspek-aspek inovasi kepada masyarakat umum komuniti, terutamanya pada pelajar-pelajar IPT dan pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, program ini secara langsung dapat membentuk kemahiran sepanjang hayat kepada pelajar kursus ini dan juga para peserta; yang mana pelajar-pelajar masih boleh melaksanakan aktiviti yang dijalankan mengikut kesesuaian norma baharu, pandemik COVID-19 dengan menggunakan pelbagai teknologi semasa.

Penyertaan adalah melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan pelajar daripada pelbagai IPT di seluruh Malaysia. Kesemua program yang diadakan ini adalah hasil daripada kerjasama strategik di antara UPM dan The Institution Of Engineers Malaysia-UMP Student Section, Universiti Malaysia Pahang (IEM-UMPSS) untuk menjayakan program Virtual Treasure Hunt, dua buah SRK iaitu SK IPG Kampus Dato Razali Ismail dan SRK Sekolah Rendah Kebangsaan Spaoh untuk menjayakan program D.I.Y Innovation Poster Competition dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi program Innovation Talk dan selaku penaja utama program ini. Kejayaan program tersebut adalah hasil kerjasama dan semangat berkumpulan yang baik di antara rakan kerjasama, ahli jawatankuasa program dan semua pelajar kursus ini dengan bimbingan Puan Hafliza, fasilitator kami yang banyak mengajar untuk menguruskan program dengan teliti dan jayanya.

“Program seumpama ini sudah tentu akan memberi manfaat kepada golongan belia terutamanya kepada pelajar UPM dalam mendedahkan mereka terhadap kepentingan inovasi dan bagaimana inovasi boleh memudahkan kehidupan dalam pelbagai aspek. Inilah bukti jelas usaha-usaha pelajar yang mengambil kursus inovasi dan reka cipta sangat komited dalam mempelajari, mempraktikkan dan mendalami intipati yang ada dalam kursus ini tanpa mengira kaum, budaya dan latar belakang,” kata Mohd Baihaqi, pengarah Program Innovation Fun Day 3.0.

Turut diadakan adalah majlis penutup yang dirasmikan oleh Bukryman Sabri, Mohd Imran Nul Hakim Derasip dan Hafliza Hussin yang masing-masing berperanan sebagai penyelaras, fasilitator Khas dan Fasilitator KKB Inovasi dan Reka Cipta, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia UPM.

Tarikh Input: 03/08/2021 | Kemaskini: 03/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdOAm~