PROGRAM MODUL PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PELAJAR (3P) 2025 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PROGRAM MODUL PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PELAJAR (3P) 2025

PROGRAM MODUL PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PELAJAR (3P) 2025

13 April 2025Program Modul Pembangunan Profesionalisme Pelajar (3P) 2025 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Putra PKPP. Program ini dirasmikan oleh Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad pada jam 9 pagi, diikuti sesi penyerahan sijil kepada wakil pelajar. Turut hadir, En. Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah PKPP.



Slot pertama dimulakan dengan Modul Kepimpinan dan Komunikasi oleh Cik Nor Syazila Abdul Rahim dan Cik Nazibah Kamaruddin, yang menekankan aspek komunikasi berkesan, kerja berpasukan serta pembentukan pemimpin beretika dan yakin diri. Pendekatan yang berasaskan simulasi dan refleksi kendiri ini memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan kemahiran secara langsung.



Seterusnya, Modul ICT telah dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir dengan fokus kepada pendedahan kemahiran asas dan lanjutan teknologi maklumat. Antara pengisian termasuk penggunaan perisian, keselamatan digital dan transformasi teknologi, sejajar dengan usaha memperkasakan celik digital dalam kalangan mahasiswa.



Slot ketiga dan keempat menyusul dengan Modul Kerjaya oleh Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Rosnon serta Modul Personaliti dan Gaya Hidup bersama Puan Latifah Amir dan Puan Norzaina Darus. Kedua-dua slot ini memfokuskan kepada persediaan menghadapi alam pekerjaan serta pembentukan gaya hidup sihat dan seimbang. Peserta diberi bimbingan tentang imej profesional, komunikasi di tempat kerja, serta pengurusan tekanan dan sahsiah diri.



Program ditutup dengan Modul Jati Diri dan Kesukarelawanan yang dikendalikan oleh Cik Maisarah Mohamed Zakaria dan Cik Nor Syazila, bertujuan menyemai nilai murni, empati dan tanggungjawab sosial. Modul ini menekankan pentingnya penglibatan aktif dalam masyarakat bagi membentuk mahasiswa berjiwa penyayang dan peka terhadap isu sosial, sejajar dengan aspirasi UPM melahirkan graduan holistik.

Tarikh Input: 15/04/2025 | Kemaskini: 15/04/2025 | syafiqirfan

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (12:12:49am-12:17:49am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]