

Pada 25 Mac 2025 - Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, Serdang. Program "Pengimarahan Ramadan 1446H" anjuran Pusat Islam Universiti Putra Malaysia telah berjaya dilaksanakan. Pegawai dan kakitangan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM turut terlibat sama menyertai slot aktiviti memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga UPM dan komuniti setempat. Aktiviti memasak telah dijalankan di Dapur Masjid UPM yang turut disertai Bahagian Kaunseling Universiti (BKU) UPM.


Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) turut menyantuni mereka yang sedang bertugas memasak bubur lambuk. Turut bersama-sama menyertai aktiviti ini bersama staf PKPP adalah Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah PKPP UPM bersama dengan Ts. Dr. Rozzamri Ashari, Timbalan Pengarah PKPP UPM (Seksyen Kokurikulum Berkredit).

Secara keseluruhannya, penyertaan PKPP UPM dalam aktiviti memasak bubur lambuk sempena Program "Pengimarahan Ramadan 1446H" ini telah memperkukuhkan semangat kebersamaan serta mengukuhkan hubungan antara warga universiti dan komuniti setempat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi nilai keprihatinan dan amalan kebajikan dalam kalangan warga UPM.
Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 26/03/2025 | saidatul.halim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan