PROGRAM PERTANIAN UNTUK RAKYAT 2025 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PROGRAM "PERTANIAN UNTUK RAKYAT" 2025

PROGRAM "PERTANIAN UNTUK RAKYAT" 2025

17 Mei 2025 - Program "Pertanian Untuk Rakyat" anjuran Kelas Kokurikulum Berkredit Bakti Siswa Kumpulan 8 Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah berjaya dilaksanakan yang bertempat di Asrama Kasih YBK, Serendah. Program ini juga melibatkan penyertaan daripada anak-anak Asrama Kasih YBK, Serendah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah PKPP. Turut hadir ialah En. Hazrie Minhat, Ketua Seksyen Kursus Kokurikulum Berkredit PKPP serta En. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan.

 

Program ini telah memberi pendedahan awal kepada anak-anak Asrama Kasih YBK tentang kepentingan bidang pertanian sebagai sumber ilmu dan juga kepentingan kelestarian alam sekitar. Selain itu, ianya bertujuan memupuk nilai murni seperti kerjasama, tanggungjawab dan kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar dan anak-anak Asrama Kasih YBK, Serendah melalui aktiviti-aktiviti semasa program diadakan. Sebagai contoh, dekorasi taman herba dan gimik penanaman yang disempurnakan oleh Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada anak-anak Asrama Kasih YBK, Serendah dari segi ilmu dan pengalaman, malah mengukuhkan hubungan strategik antara UPM dan YBK dalam usaha membina generasi yang lebih cakna akan kepentingan pertanian kepada masyarakat agar dapat memajukan serta memartabatkan bidang pertanian pada tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Tarikh Input: 20/05/2025 | Kemaskini: 20/05/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (05:37:49am-05:42:49am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]