PROGRAM SANTUNI MADANI 2025 @ GOMBAK | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PROGRAM SANTUNI MADANI 2025 @ GOMBAK

PROGRAM SANTUNI MADANI 2025 @ GOMBAK

23 Februari 2025 – Program Santuni MADANI 2025 anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) telah berjaya dilaksanakan di Kampung Melayu Wira Damai, Gombak. Program ini melibatkan penyertaan seramai 12 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama dua pegawai pengiring dari Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.



Program berkonsepkan kemasyarakatan ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk sesi senamrobik dan gotong-royong yang melibatkan penduduk setempat. Aktiviti ini bukan sahaja membantu menceriakan persekitaran kampung, malah mengeratkan hubungan antara generasi muda dengan komuniti setempat.



Menurut wakil JPT, program ini selari dengan aspirasi kerajaan dalam memperkukuh nilai MADANI, yang menekankan aspek perpaduan, kesejahteraan, dan keharmonian dalam masyarakat. Beliau turut berharap agar lebih banyak inisiatif sebegini dapat dianjurkan pada masa hadapan untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah prihatin terhadap isu kemasyarakatan.



Salah seorang peserta menyatakan bahawa pengalaman menyertai Program Santuni MADANI 2025 memberi peluang kepadanya untuk berinteraksi secara langsung dengan masyarakat luar kampus. “Kami belajar tentang kepentingan bekerjasama serta memahami keperluan komuniti setempat. Ini pengalaman yang sangat berharga bagi kami sebagai mahasiswa,” katanya.



Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kampung Melayu Wira Damai, yang mengharapkan lebih banyak program sebegini dianjurkan pada masa akan datang. Usaha sebegini diharap dapat diteruskan dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan harmoni selaras dengan nilai MADANI yang ditekankan oleh kerajaan.

Tarikh Input: 03/03/2025 | Kemaskini: 03/03/2025 | syafiqirfan

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (10:59:06pm-11:04:06pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]