
Serdang, 28 dan 29 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama Kelab Pembangunan Insaniah (INSAN) telah menganjurkan program Wacana Kepimpinan Kewangan 2025 : Dari Kampus Ke Kehidupan (WAKE 2025) baru-baru ini.
Program dengan kerjasama Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) dan Now Asia International Sdn Bhd itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengurus kewangan dalam kalangan mahasiswa untuk menghadapi dunia kerjaya kelak.
Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad berkata Program WAKE 2026 akan diperkenalkan ke seluruh universiti awam dalam usaha mengekang muflis diusia muda.

“Program ini akan diperkenalkan kepada universiti awam kerana memberi impak yang sangat baik dan membuka minda pelajar untuk merancang perbelanjaan dengan berhemah.
“Melalui program ini, pelajar diterapkan dengan kemahiran kepimpinan, komunikasi serta kemahiran insaniah lain membantu mereka membuat pertimbangan wajar agar tidak muflis diusia muda,” katanya.
Pengarah program, Amira Farhana bt Sallehuddin berkata melalui aktiviti ini peserta melalui simulasi pengurusan kewangan dalam kerjaya.

“Kami merasai bagaimana merancang perbelanjaan serta membuat keputusan dalam pengurusan kewangan dialam kerjaya kelak melalui pertangingan Cashflow” katanya.
Seramai 70 peserta mengikuti program dua hari terdiri dari pelajar tahun 2 dan 3 Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA.
Sementara itu, program ini mensasarkan empat pemenang utama seluruh negara Pertandingan Cashflow untuk mewakili negara ke National Achievers Congress 2025 yang bakal berlangsung di Singapura bulan Ogos nanti.
Tarikh Input: 07/07/2025 | Kemaskini: 07/07/2025 | syafiqirfan

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan