

14 Jun 2025 - Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar telah berlangsungnya program Charity Fun Run anjuran kelas kursus kokurikulum berkredit Pembangunan Kesukarelawan, bersempena dengan Karnival Putra Mega Kokurikulum 2025 (PUTRA MEGCO 2025) anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaksanakan sekitar kawasan UPM. Di samping itu, Majlis Perasmian bagi PUTRA MEGCO 2025 yang diuruskan oleh kelas kursus kokurikulum berkredit protokol dan etiket juga telah berjaya dilaksanakan serta disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengarah PKPP di Foyer hadapan Kompleks Mahasiswa PKPP.


Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Ts. Dr. Rozzamri Ashari (Timbalan Pengarah PKPP), Datuk Chan Kam Fatt (Pengerusi EXCO BRDB Rotary Children’s Residence), En. Muhammad Al-Barra Ayub (Pengurus Kanan Operasi Non-Clinical) bersama-sama beberapa staf daripada Kumpulan Megaklinik Zahran, staf-staf PKPP, Komuniti luar, serta mahasiswa UPM pada program Charity Fun Run dan Majlis Perasmian bagi PUTRA MEGCO 2025. Tetamu jemputan juga turut bersama-sama mengikuti acara larian serta acara berbasikal di sekitar kawasan UPM bagi memeriahkan lagi semasa acara berlangsung.
Tarikh Input: 17/06/2025 | Kemaskini: 17/06/2025 | saidatul.halim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan