SASARAN TERCAPAI BERSAMA MBWF | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » SASARAN TERCAPAI BERSAMA MBWF

SASARAN TERCAPAI BERSAMA MBWF

Oleh: Nuralia Fatini Binti Zulkanain

SERDANG 6 Jun – Program Servis Komuniti Sukan Bola Keranjang Kerusi Roda (Fundrising) merupakan kesinambungan program yang dianjurkan oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Bola Keranjang (QKS2115) pada semester lalu yang mana kali ini bukan sahaja memperkenalkan bola keranjang berkerusi roda ke seluruh tanahair, malah siswa siswi kursus ini berjaya mendapatkan  dana berjumlah RM2888.64 dalam masa kurang dari sebulan, melebihi sasaran awal iaitu RM2000.00.

Penasihat program Servis Komuniti Sukan Bola Keranjang Kerusi Roda (Fundraising), En Mohd Firdaus Bin Abdullah berkata, sumbangan komuniti sukan para seperti ini, wajar diangkat dan dihargai bukan sekadar dengan kata kata motivasi, malah perlu dizahirkan dengan pelbagai bentuk sokongan seperti kewangan, bagi membolehkan mereka membawa nama Malaysia ke mata dunia bersesuaian dan selari dengan tema program kali ini “Kelainan Diperkasa, Kesaksamaan Terjaga”. Beliau juga berharap program ini dapat membuka mata komuniti agar menjadikan sukan dalam kalangan OKU sebagai aktiviti tahunan di universiti.

Kelainan yang dibawa oleh pelajar-pelajar UPM ini seolah-olah mencabar pengembangan sukan negara yang mana lazimnya tumpuan penuh diberikan kepada sukan normal, sedangkan tidak dinafi lagi bahawa kejayaan sukan para seperti sukan bola keranjang berkerusi roda ini, bukan sekadar setanding malah melebihi kejayaan sukan normal yang lain dan ruang itulah yang diambil oleh penganjur untuk mengajak syarikat-syarikat koperat dan juga orang awam sama sama membantu menghulurkan sumbangan dalam mereliasisikan program mereka yang telah dirancang melaui aktiviti tajaan, sumbangan orang awam, dan pertandingan Online Gaming E-sport: PUBG & Mobile Legends yang dimeriahkan dengan penyertaan 128 orang pemain dari komuniti UPM dan komuniti luar.

 

Gambar1. Siaran langsung pertandingan E-Sport PUBG

 

Gambar 2. Siaran pertandingan E-Sport Mobile Legends.

 

Kelihatan para penonton memeriahkan lagi siaran langsung pertandingan e-sport di laman Facebook Paralympic Basketball UPM dengan komen berbentuk sorakan dan katakata semangat sewaktu menyaksikan perlawanan yang berlangsung antara kumpulankumpulan yang bertanding. Johan pertandingan e-sport PUBG disandang oleh kumpulan Wik Fam, manakala kumpulan INF SPORTS bagi pertandingan Mobile Legends

Gambar 3. Pengumuman pemenang pertandingan ESport PUBG. 

 

Gambar 4. Pengumuman pemenang pertandingan ESport Mobile Legends. 

 

Proses pengumpulan dana sewaktu kelangsungan (Fundraising) anjuran pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Bola Keranjang (QKS2115) Kumpulan 1 di bawah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia, dijangkakan akan lebih meriah sekiranya dianjurkan secara fizikal namun ia terpaksa ditangguhkan sehingga kita semua dapat memutuskan rantaian penularan Covid-19 dan ia juga mampu disebarluaskan lagi dengan penganjuran sukan-sukan para yang mungkin boleh dijadikan sebagai acara tahunan universiti.

 

DISEDIAKAN OLEH: NURALIA FATINI BINTI ZULKANAIN 

TARIKH: 22 JUN 2021

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 30/07/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETLAP~