SEMINAR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI 2026 (SEHEPA 2026) | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » SEMINAR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI 2026 (SEHEPA 2026)

SEMINAR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI 2026 (SEHEPA 2026)

Serdang, 11–12 Mac – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menunjukkan penglibatan aktif dalam Seminar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 2026 (SEHEPA 2026) yang berlangsung selama dua hari dengan tema “Strategi . Sinergi . Impak.”

Seminar ini menghimpunkan pelbagai bahagian di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), kolej kediaman serta pusat berkaitan bagi berkongsi idea, penyelidikan dan amalan terbaik dalam memperkasa pembangunan mahasiswa serta kesejahteraan pelajar di universiti.

Pada hari pertama seminar, wakil PKPP iaitu Dr. Rozzamri Ashari telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Jiwa Putra KKB @ PKPP: Integrating Soft Skills And UPM Values To Develop An Early Sense Of Belonging In Students.” Pembentangan ini menekankan kepentingan kursus kokurikulum berkredit (KKB) sebagai medium untuk membangunkan kemahiran insaniah serta memupuk rasa kebersamaan pelajar terhadap universiti sejak awal pengajian.

 

Pada hari kedua seminar, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad turut berkongsi dapatan kajian melalui pembentangan bertajuk “I-Hope: Advancing Holistic Student Development Through Evidence-Based Institutional Strategy.” Pembentangan tersebut memberi tumpuan kepada pembangunan pelajar secara holistik melalui pendekatan berasaskan bukti serta strategi institusi yang lebih sistematik.

Lebih membanggakan, pembentangan beliau telah dipilih sebagai Pembentangan Terbaik Seminar dan dianugerahkan Anugerah Emas, sekali gus mengiktiraf kualiti penyelidikan serta sumbangan idea dalam memperkasa pembangunan pelajar universiti.

 

Selain itu, seorang lagi wakil PKPP iaitu En. Dahlan Ismail Abu Bakar turut membentangkan kajian bertajuk “Analisis Faktor Pendorong Kecenderungan Penglibatan Semula Dalam Misi Sukarelawan Banjir @ Jiwa Putra Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia.” Kajian ini menyoroti peranan program kesukarelawanan dalam membentuk nilai empati, kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa.

Secara keseluruhannya, penyertaan aktif wakil PKPP dalam SEHEPA 2026 mencerminkan komitmen berterusan PKPP dalam memperkasa pembangunan pelajar secara menyeluruh melalui program kokurikulum, kepimpinan dan kesukarelawanan yang memberi impak kepada komuniti universiti serta masyarakat.

Tarikh Input: 16/03/2026 | Kemaskini: 16/03/2026 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (04:09:55pm-04:14:55pm, 27 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]