Seruan Ke Arah Pengamalan Gaya Hidup Sihat Dalam Musim Pandemik - UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Seruan Ke Arah Pengamalan Gaya Hidup Sihat Dalam Musim Pandemik - UPM

Seruan Ke Arah Pengamalan Gaya Hidup Sihat Dalam Musim Pandemik - UPM

Oleh: Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Muzzafa

SERDANG: Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Kumpulan 4 Bakti Siswa (QKK2101) berkumpul untuk mejayakan sebuah program yang menyentuh soal gaya hidup sihat semasa musim pandemik kini. Program Gaya Hidup Sihat Universiti Putra Malaysia (UPM) 2021 ingin mendorong dan memberi penyuntik semangat kepada masyarakat untuk bertindak proaktif dalam menjaga kesihatan dan pemakanan mereka.

Idea untuk mengadakan program tersebut terhasil ketika kumpulan pelajar dari kursus yang itu membincangkan mengenai impak norma baharu kepada masyarakat dan cara mengurangkan kesan negatifnya. Program yang berlangsung pada 5 Jun hingga 6 Jun 2021 mensasarkan penyertaan daripada warga UPM serta terbuka kepada komuniti luar.

"Program ini penting bukan hanya untuk pelajar, tetapi untuk semua lapisan masyarakat dalam memberikan impak sosial yang bertahan lama dan sesuai dengan trend semasa" ujar Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Bin Baharuddin, Timbalan Naib Canselor (Hubungan Industri dan Komuniti) Universiti Putra Malaysia ketika dia merasmikan program ini.

Program yang diadakan selama dua hari di Facebook Live ini memperoleh lebih daripada 100 tontonan dari pelajar dan orang awam. Malah, video selepas sesi siaran langsung itu masih menjana klik dan penglibatan.

Program bermula pada hari Sabtu 05 Jun 2021 dengan ucapan oleh pengarah program Lew Wee Lee dan Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Binti Udzir, pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia. Seterusnya, ia diikuti dengan sesi perasmian oleh tetamu terhormat Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Bin Baharuddin.

Pada hari yang sama, acara diteruskan dengan sesi webinar 1 oleh Prof. Madya. Dr. Geeta Appannah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia dengan topik 'Memerangi Obesiti Melalui Gaya Hidup Sihat Waktu Pandemik'.

  

Poster Webinar 1 & 2 - Program Gaya Hidup Sihat UPM 2021

 

Keesokan hari webinar 3 mengajak peserta mengadakan sesi senaman secara langsung dengan jurulatih daripada Anytime Fitness, Encik Alfari Salleh. Program diteruskan dengan webinar 4 mendapat tontonan tertinggi iaitu forum transformasi diri yang menjemput panel-panel untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka mengenai proses transformasi ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

 

Poster of Webinar 3 - Program Gaya Hidup Sihat UPM 2021

 

"Kami berharap program ini memberi kesan jangka panjang kepada para peserta dan komuniti yang terlibat. Ini akan meletakkan kita selangkah ke hadapan dalam memerangi obesiti dan ancaman kronik yang dibawa bersama”, kata Prof. Madya Ir. Dr. Nuraini Abdul Aziz, selaku Pengetua Kolej Sepuluh semasa merasmikan majlis penutup program ini.

 

Panel-panel Forum Perkongsian Ilmu: Transformasi Diri

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZSAV~