

04 Jun 2025 - Sesi pembukaan bagi Penilaian Audit Dalaman Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat Pertama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) bagi tahun 2025/2026 telah berlangsung di Bilik Serbaguna, PKPP.
Sesi ini dibuka dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Prof Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad. Audit Dalaman ini dilaksanakan oleh dua auditor iaitu Puan Norshazwani Izyan Ayub, Pegawai Tadbir Kanan daripada PSPK UPM dan Puan Nursazila Maulat Mohd Sani, Setiausaha CEM. Pelaksanaan Audit ini adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan EKSA di semua zon PKPP serta mengenal pasti ruang penambahbaikan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.
Pihak pengurusan PKPP menyatakan komitmen tinggi terhadap amalan EKSA yang bukan sahaja meningkatkan imej organisasi, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan warga kerja.
Tarikh Input: 05/06/2025 | Kemaskini: 05/06/2025 | saidatul.halim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan